Info Pelan

Menantikanmu di Sini, Satu Perjalanan Pengharapan AdvenSampel

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

HARI 2 DARIPADA 7

ALLAH BEKERJA SEMASA KITA MENUNGGU

RENUNGAN

Jika kita adalah jujur, kita semua tidak suka menunggu. Sebenarnya, selalunya kita mengatakan perkara seperti, “Saya tak percaya ia memakan masa yang begitu panjang; ia menuntut masa yang tidak saya miliki!” Ini adalah kerana kebanyakan daripada kita menganggap penantian sebagai sia-sia. Namun, Allah tidak fikir demikian.

Allah bekerja semasa kita menunggu. Walaupun semasa anda tidak dapat melihat apa yang sedang dilakukan-Nya, Allah sentiasa merancang peristiwa syurga dan bumi secara terperinci untuk mencapai tujuan-Nya bagi kehidupan anda. Percayalah kasih-Nya yang berterusan—kasih yang menggerakkan-Nya untuk mengutus Penyelamat daripada syurga untuk memulihkan dan menyelamatkan anda. Rancangan Allah terhadap kehidupan anda tidak akan dihalang. Tunggulah dengan sabar, mengetahui bahawa penantian itu tidak pernah sia-sia apabila anda menunggu-nunggu Allah.

TAFAKUR

Kau yang Lama Dinantikan

Kau yang lama dinantikan, Jurus'lamat, datanglah,
agar kami Kau sucikan dari dosa dan cela!
UmatMu tetap Kautuntun, Kau Harapan kami pun!
Bangsa dunia menunggu penghiburan kasihMu.

Raja mulia, Kau lahir bagai anak yang lembut,
agar kami kauajari kasih KerajaanMu.
Pimpin kami oleh RohMu, hati pun perintahlah
Dan beri kurban darahMu, b'rilah damai yang baka!

Charles Wesley, 1707–1788

DOA

Bapa, saya menanti-Mu. Hati dan tangan saya terbuka untuk tujuan dan rancangan-Mu terhadap kehidupan saya. Berikanlah saya kesabaran yang amat saya perlukan dan pimpinlah saya dalam penantian saya. Walaupun perasaan saya mungkin belum sempurna lagi, saya percaya Engkau sedang bergerak bagi pihak saya pada masa ini, melindungi, membela, menyiapkan, membekalkan. Berikan saya kasih karunia untuk terus mempercayai-Mu semasa berhadapan dengan angin kencang keraguan yang memukul saya. Tambatkan hati saya pada-Mu. Amin.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

Adven merupakan suatu musim penantian penuh harapan dan penyediaan. Sertai pastor dan pengarang Louie Giglio dalam perjalanan Adven untuk menyedari bahawa menanti tidak sia-sia apabila anda sedang menantikan Tuhan. Ambil...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Louie Giglio, pengarang Waiting Here for You (Passion Publishing), kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.passionresources.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami