Info Pelan

Menantikanmu di Sini, Satu Perjalanan Pengharapan AdvenSampel

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

HARI 1 DARIPADA 7

KENA PADA MASANYA

RENUNGAN

Seorang Penyelamat telah dijanjikan kepada umat Allah berabad-abad lamanya. Mereka sangat menginginkan dan berdoa untuk penyelamatan. Kemudian, tepat pada hari yang betul, kena pada tempat dan masanya, Yesus telah dilahirkan. Sementara Allah jarang sekali datang pada masa yang ditetapkan kita, Dia selalu datang kena pada masanya.

Kita semua sedang menantikan sesuatu, kerap tertanya-tanya sama ada Allah telah terlupa kita. Dalam penantian anda, biarlah kelahiran Kristus mendorong anda. Hanya kerana Allah belum muncul (sejauh yang anda nampak), tidak bermaksud Dia telah mengabaikan anda. Bagi Dia satu hari tidak ada bezanya dengan seribu tahun. Sekarang ini, Dia sedang bekerja demi kemuliaan-Nya dan demi kebaikan anda. Walaupun keadaan kelihatan sebaliknya, Allah akan muncul, tepat mengikut jadual, menggenapi rancangan yang telah lama ditetapkan-Nya untuk anda. Jangan berputus asa sebelum masa yang betul itu.

Berharaplah dalam palung dan ketahuilah bahawa anda dikasihi dan dihargai Allah yang telah turun daripada syurga dan sampai tepat pada masa yang sempurna untuk anda.

TAFAKUR

Dengarlah B'rita Gembira

Dengarkanla kabar suka, Juruslamat datang,
Yang t’lah lama dijanjikan kepada dunia, kepada dunia;

Dia datang melepaskan dari kungkungan iblis,
Pintu terbuka bagiMu putus rantai besi, putus rantai besi.

Dia datang menyembuhkan jiwamu yg terluka,
Menawarkan anugrahNya untuk semua orang, untuk semua orang.

Hosanna Raja dunia, kami mau sambutMu,
Dan juga malaikat sorga mau sambut Tuhanku, mau sambut Tuhanku.

Philip Doddridge, 1702–1751

DOA

Bapa, temuilah saya yang sedang menanti, tempat yang diharapkan saya belum kelihatan dengan jelas. Tenangkan hati saya dan berikan saya keupayaan untuk mengetahui bahawa Engkau adalah dekat. Saya percaya rancangan-Mu adalah baik. Saya melihatnya dalam kelahiran Anak tunggal-Mu.

Namun, ada kalanya, saya bergumul untuk melihat melewati kekaburan yang menyelubungi saya. Pulihkan keyakinan saya apabila saya memandang-Mu. Semoga Engkau dimuliakan dalam kehidupan saya dalam musim pengharapan ini. Amin.



Tonton video ini dalam Bahasa Melayu. Klik tetapan video (ikon gear), klik “Sari kata/CC” dan pilih Melayu.
Hari 2

Perihal Pelan

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

Adven merupakan suatu musim penantian penuh harapan dan penyediaan. Sertai pastor dan pengarang Louie Giglio dalam perjalanan Adven untuk menyedari bahawa menanti tidak sia-sia apabila anda sedang menantikan Tuhan. Ambil...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Louie Giglio, pengarang Waiting Here for You (Passion Publishing), kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.passionresources.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami