Info Pelan

Menantikanmu di Sini, Satu Perjalanan Pengharapan AdvenSampel

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

HARI 5 DARIPADA 7

DIAMLAH

Keheningan semasa kita menanti dengan penuh harapan akan Tuhan.

RENUNGAN

Waktu senyap adalah jarang dan memang sukar untuk mencari keheningan, tetapi luangkan beberapa minit pada hari ini untuk berdiam dan merenungkan Tuhan secara mendalam. Jangan membaca atau mengkaji atau menyeleweng—berdiam dan merenungkan peribadi Yesus dan segala sesuatu yang telah dilakukan-Nya untuk anda. Fikir tentang kelahiran-Nya, masa bayi-Nya, dan terbitnya terang terhadap dunia yang gelap dan letih. Fikir tentang kematian dan pengorbanan-Nya, dan kurnia kehidupan yang diberikan-Nya kepada anda. Renungkan kebangkitan-Nya, kuasa-Nya ke atas kegelapan dan kubur. Nikmati hadirat-Nya dan dalam keheningan carilah wajah-Nya. Fikir tentang kedatangan-Nya, waktu di mana anda akan bersemuka dengan-Nya.

TAFAKUR

Ambillah masa dan berdiam di hadapan-Nya. Fikir tentang Yesus dan mempercayai-Nya.

DOA

Bapa, saya menanti-Mu di sini. Temuilah saya dalam keheningan ini. Temuilah saya pada masa ini. Temuilah saya dalam dan melalui Anak-Mu dan Roh-Mu. Amin.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

Adven merupakan suatu musim penantian penuh harapan dan penyediaan. Sertai pastor dan pengarang Louie Giglio dalam perjalanan Adven untuk menyedari bahawa menanti tidak sia-sia apabila anda sedang menantikan Tuhan. Ambil...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Louie Giglio, pengarang Waiting Here for You (Passion Publishing), kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.passionresources.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami