Info Pelan

Kesibukan Kudus: Mengamalkan Kehidupan yang Bekerja Keras dan Berehat dengan BaikSampel

Holy Hustle: Embrace A Work-Hard, Rest-Well Life

HARI 9 DARIPADA 10

Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada anda sedang melakukan perkara yang betul? Ataupun, sama ada anda betul-betul berada di mana Allah inginkan? Ataupun, sesuatu yang lebih atau berbeza atau lebih baik atau lebih besar menanti anda di tempat yang lain? Ataupun, mungkin anda tertanya-tanya jika kos panggilan anda berbaloi dengan waktu yang dirasakan telah terlepas.


Banyak waktu dalam kehidupan ini rasa seolah-olah kita berada di dalam bilik di mana semua lampunya terbakar dan kita berjalan terhuyung-hayang untuk mencari suis lampu, lilin, atau lampu suluh untuk menunjukkan jalan. Pada waktu demikian, percayalah Allah. Berpaut kuat pada tangan-Nya yang terentang dan mempercayai bahawa Dia akan memimpin anda dengan selamat ke pintu seterusnya yang telah disediakan-Nya untuk dilalui anda. Kegelapan tidak perlu menakutkan apabila kita berjalan dengan Terang Dunia.


Walau bagaimanapun, soalan yang diajukan anda itu adalah munasabah. Ketakutan dan kerisauan anda tidak harus membuat anda rasa malu. Jika kita duduk bersama untuk bercakap tentang kerja kita, minat kita, dan kepercayaan kita, saya akan rasa hairan jika ada orang yang mengatakan kehidupan mereka berjalan lancar seperti yang dirancang. Apakah yang akan anda katakan kepada kawan anda yang mengajukan soalan tersebut? Adakah anda akan memberitahunya dia betul, dan dia harus berputus asa?


Saya harap tidak.


Kita akan mengasihinya dan berdoa untuknya. Kita akan mendorongnya dan mencari cara untuk memberitahunya bahawa dia melakukan dengan baik, dan berbaloi, dan dihargai, dan jika dia sedar dalam rohnya bahawa ini adalah tempat yang Allah inginkan dia pada musim ini, maka, memang betullah.


Saya akan memberitahu anda betapa kuatnya kepercayaan saya bahawa Allah biasa mengambil yang rendah hati dan menjadikannya kudus, dan bahawa ketaatanlah (bukannya saiz, kemasyhuran, atau pengakuan) yang penting dalam kesan yang kita bawa melalui kerja kerajaan kita.


Allah setia dalam segala sesuatu yang dilakukan-Nya. Di mana jua anda berada, apa jua yang anda lakukan, dan orang yang berada di depan anda yang Allah minta anda layani memanglah betul. Cabaran, kekecewaan, dan kegagalan memanglah betul.


Allah akan menggunakan setiap bahagian kisah kita untuk menjelaskan kemuliaan-Nya.


Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Holy Hustle: Embrace A Work-Hard, Rest-Well Life

Keseimbangan. Itulah yang kita inginkan dalam kehidupan kita apabila mendengar laungan "berusaha lebih kuat!" di telinga kanan, dan bisikan "berehat lama" di telinga kiri. Bagaimana jika rancangan Allah untuk kita bukan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crystal Stine dan Harvest House Publishers kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.harvesthousepublishers.com/books/holy-hustle-9780736972963

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami