Kesibukan Kudus: Mengamalkan Kehidupan yang Bekerja Keras dan Berehat dengan Baik

Meditasi Agama

Di rumah kita, kesibukan bukanlah perkataan yang menakutkan. Ia cumalah apa yang dikerjakan saya.


Apabila kita melihat definisi kesibukan dalam kamus, ia membawa maksud "bekerja dengan cepat atau giat." Tidakkah ia mengingatkan anda tentang Kolose 3:23? "Lakukanlah semua tugas dengan sepenuh hati, seolah-olah kamu melakukannya untuk Tuhan dan bukan untuk manusia" (BM). Apabila saya rasa bersalah tentang bekerja keras dan cuba mengikuti model rehat dan penjagaan jiwa yang kelihatan popular pada masa ini, saya mendapati diri cenderung kepada kemalasan. Apabila saya cenderung kepada arah yang satu lagi dan bekerja tidak henti-henti, menurut definisi kesibukan dunia, saya mendapati diri berusaha bersungguh-sungguh dan keletihan. 


Macam mana sekalipun, saya berasa sengsara.


Kita melayani Allah yang telah mencipta seluruh dunia dan segala sesuatu dalamnya dari ketiadaan dalam enam hari. Allah memberikan model bekerja kepada kita—bertenaga, kreatif, kerja keras diikuti rehat. Semasa saya berdoa tentang cara model ini bersesuaian dengan konsep kesibukan moden, Allah telah menyatakan beberapa perkara:


  1. Kesibukan tidaklah perkara yang tidak baik apabila kita bekerja keras untuk apa yang memuliakan Allah dan melayani kerajaan-Nya.
  2. Alkitab memberikan beberapa contoh berkat hasil daripada kerja keras.
  3. Kita tidak boleh hidup 100 peratus daripada kehidupan kita berdasarkan enam hari pertama penciptaan dan tidak mempedulikan hari ketujuh.

Kerja keras tidak harus bermaksud maju, memijak kepala rakan sekerja, atau menjadikan diri tumpuan utama. Kesibukan kudus adalah tentang bekerja keras menurut perintah dalam Kolose 3:23, hidup sepenuhnya di mana Allah telah menempatkan kita dan menemui keseimbangan pemulihan antara kerja dan rehat.


Pada hari ini, luangkan masa untuk berdoa tentang keseimbangan semasa kerja/rehat anda. Mintalah Allah untuk mendedahkan mana-mana lingkungan yang tidak sejajar dengan rancangan-Nya dalam kehidupan anda, lingkungan di mana anda bekerja terlalu kuat dan kurang berehat, ataupun lingkungan di mana anda berehat terlalu banyak dan kurang bekerja. Luangkan masa untuk menuliskan matlamat anda, segala sesuatu yang ingin dicapai barangkali pada tahun akan datang, kemudian serahkan matalamat tersebut kepada Allah.


Potong apa-apa yang dipimpin-Nya untuk disingkirkan dan tambahkan apa-apa yang baru yang ditempatkan-Nya dalam hati anda. Mintalah Allah untuk menunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh memuliakan nama-Nya melalui kerja anda dalam projek ini, dan mohon pengampunan-Nya bagi waktu di mana ketamakan, pengejaran kemasyhuran, atau dorongan untuk bersaing telah memotivasikan anda.


 


* * *


Renungan ini telah diadaptasi daripada Holy Hustle: Embracing a Work-Hard, Rest-Well Life oleh Crystal Stine. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana bekerja tanpa rasa malu dan berehat tanpa rasa bersalah, layari https://amzn.to/2I3ow1d.