Info Pelan

Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 17 DARIPADA 30

20 abad telah berlalu sejak Yesus, Raja Damai, datang dan para malaikat mengisytiharkan kedamaian ke atas dunia. Namun, di manakah kedamaian itu? Perjanjian Baru tidak menyatakan bahawa para malaikat meramalkan kedamaian: mereka mengisytiharkan kedamaian—di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati-Nya. Yesus Kristus datang untuk menggenapi bahawa Allah hadir bersama manusia, dan melalui-Nya mana-mana manusia dapat menjadi anak Allah mengikut pola Yesus Kristus. Inilah wahyu Kristian.



Mereka yang mengikut Jalan Tuhan mempunyai kesamaan kekeluargaan yang kuat dengan Yesus, kedamaian-Nya menandakan mereka secara jelas. Sinar fajar menerangi wajah mereka, dan sukacita kehidupan kekal ada dalam hati mereka. Ke mana pun mereka pergi, orang bersukacita atau disembuhkan, atau disedarkan tentang suatu keperluan.



Soalan Renungan: Adakah kehadiran saya ditandai dengan kedamaian Kristus? Dengan cara apakah saya melibatkan diri dengan kedamaian yang dikhabarkan Kristus? Dengan cara apakah saya mengelakkan kedamaian daripada berlaku?



Petikan daripada The Place of Help, © Discovery House Publishers
Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan ke...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami