Info Pelan

Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 19 DARIPADA 30

Terdapat pelbagai perkara indah tentang cahaya, tetapi ada perkara yang tidak baik juga. Apabila cahaya Roh Allah menerangi hati dan kehidupan seseorang yang gembira dan damai tanpa Allah, kehidupan orang itu akan menjadi seakan-akan neraka. Cahaya membawa kekeliruan dan malapetaka. Apabila cahaya datang, segala sesuatu dalam kegelapan akan menggeletar. Kegelapan paganisme dipecahkan, bukan oleh peradaban baru, tetapi oleh kesaksian lelaki dan perempuan yang mentaati Allah.



Tuhan kita menggunakan mata sebagai simbol kesedaran pada manusia yang telah dibenarkan oleh Roh Kudus. Jika kita berjalan dalam terang sebagaimana Allah adalah terang, mata kita akan terus terfokus, dan secara perlahan dan pasti, semua tindakan kita akan mula memasuki hubungan yang betul, dan segala sesuatu dipenuhi keharmonian, kesederhanaan dan kedamaian.



Soalan Renungan: Apakah yang didedahkan terang Tuhan kepada saya, yang mengelirukan, menyedihkan, atau tidak jelas? Bagaimanakah penumpuan perhatian pada Tuhan menyebabkan penglihatan yang kabur menjadi penglihatan yang damai sejahtera dan berharmoni?



Petikan daripada So Send I You dan Studies in the Sermon on the Mount, © Discovery House Publishers
Hari 18Hari 20

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan ke...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami