Info Pelan

Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 21 DARIPADA 30

Setelah dilahirkan semula seseorang akan mengalami kedamaian, tetapi ianya adalah kedamaian yang dipertahankan pada titik peperangan. Pembawaan yang salah tidak lagi berkuasa, tetapi ia masih wujud, dan manusia tahu akan hal ini. Dia sedar tentang pengalaman yang silih berganti, ada kalanya berasa teruja, ada kalanya berasa sedih; tiada kestabilan, tiada kemenangan rohani yang sebenar. Mengambil ini sebagai pengalaman keselamatan penuh bermakna membuktikan Allah tidak dibenarkan dalam Penebusan.



Menjadi orang yang percaya dalam Yesus Kristus bermakna mengetahui apa yang dikatakan Yesus kepada Tomas adalah benar: "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup." Yesus bukanlah jalan yang kita tinggalkan sementara kita berjalan, tetapi Dialah Jalan itu. Dengan percaya, kita memasuki rehat kedamaian, kesucian, dan kehidupan kekal kerana kita tinggal dalam-Nya.



Soalan Renungan: Apakah kedamaian yang kita peroleh melalui paksaan? Apakah yang diperlukan untuk mengekalkan kedamaian itu? Mengapakah persetujuan dengan Allah penting untuk kedamaian sejati?



Petikan daripada Biblical Ethics dan Approved Unto God © Discovery House Publishers
Hari 20Hari 22

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan ke...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami