Info Pelan

Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 16 DARIPADA 30

Sebaik sahaja Roh Allah datang kita mula menyedari apa yang dimaksudkan—segala sesuatu yang bukan daripada Allah harus dimurnikan. Kita berasa terkejut dan berkata, "Saya meminta Roh Kudus dan mengharapkan agar Dia membawa sukacita dan kedamaian, tetapi saya mengalami masa yang sukar sejak itu." Itulah tanda Dia sudah datang, Dia menghalau "penukar wang," iaitu, perkara yang menjadikan rumah Tuhan tempat perdagangan untuk realisasi kendiri.



Bersikap diplomatik. Bersikap wajar. Berkompromi secara cerdik dan anda akan mengawal segala sesuatu. Itulah dasar kedamaian dunia. Kita menyebutnya "diplomasi." Yesus mempertahankan iman-Nya dalam kaedah Allah walaupun menghadapi godaan yang kelihatan sangat bijak dari setiap sudut pandangan kecuali sudut pandangan Roh Allah.



Soalan Renungan: Apakah gangguan yang disebabkan Yesus dalam hidup saya? Apakah yang Dia mahu murnikan dan buang? Apakah keyakinan yang saya letakkan dalam diplomasi?



Petikan daripada Servant as His Lord, © Discovery House Publishers
Hari 15Hari 17

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan ke...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami