Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam Roh

Meditasi Agama
Sumber kedamaian adalah Allah, bukan diri saya; tidak pernah kedamaian saya tetapi sentiasanya kedamaian-Nya, dan jika Dia berundur, kedamaian itu juga lenyap. Sekiranya saya membenarkan apa-apa untuk menyembunyikan wajah, sokongan, kenangan, pertimbangan Tuhan Yesus daripada saya, saya sama adanya tidak tenteram ataupun memiliki keyakinan yang palsu.



Tuhan, dalam kesedaran saya pada pagi ini, beberapa perkara kecil melanda fikiran saya dan saya membawanya kepada hadirat-Mu. Dalam kebijaksanaan-Mu, katakan, "Diam! Tenanglah!" dan semoga kehidupan saya yang teratur mengakui keindahan kedamaian-Mu.



Soalan Renungan: Apakah yang berlaku apabila saya cuba mereka-reka kedamaian sendiri? Apakah yang saya benarkan untuk mengganggu perhubungan saya dan Allah? Apakah keyakinan palsu yang saya perlu hindari? Apakah perkara kecil yang melanda kehidupan anda dan merosakkan keindahan kedamaian Allah?



Petikan daripada Christian Discipline dan Knocking at God's Door, © Discovery House Publishers