MAZMUR 11
11
Keyakinan terhadap TUHAN
1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku.
Tidak ada gunanya berkata kepadaku,
“Terbanglah seperti burung ke gunung,#Beberapa buah terjemahan: terbanglah seperti burung ke gunung; Naskhah Ibrani:larilah, hai burung, ke gunung-gunung kamu.
2kerana di tempat yang gelap, orang jahat telah melengkungkan busur,
dan memasang anak panah untuk memanah orang baik.
3Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan orang baik
apabila tata tertib masyarakat musnah.”
4TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci;
Dia mempunyai takhta di syurga.
Dia memperhatikan semua manusia
dan mengetahui segala perbuatan mereka.
5Dia menguji orang baik dan orang jahat;
Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan.
6Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka,
dengan arang#Sebuah terjemahan kuno:arang; Naskhah Ibrani:perangkap. berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan.
7TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik;
orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.
Currently Selected:
MAZMUR 11: BM
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.