YouVersion Logo
Search Icon

MALEAKHI Kata Pengantar

Kata Pengantar
Kitab Maleakhi ditulis dalam abad kelima Sebelum Masihi, setelah Rumah TUHAN di Yerusalem dibina semula. Tujuan utama kitab ini adalah menyeru imam-imam dan rakyat supaya membaharui kesetiaan mereka kepada perjanjian mereka dengan Allah. Nyata sekali bahawa ada kemerosotan dalam kehidupan dan ibadat umat Allah. Imam-imam dan rakyat menipu Allah kerana mereka tidak mempersembahkan apa yang patut dipersembahkan kepada Allah, dan mereka tidak hidup menurut ajaran-Nya. Tetapi Tuhan akan datang untuk menghakimi dan menyucikan umat-Nya. Tuhan akan mengirim utusan-Nya lebih dahulu untuk menyediakan jalan dan mengisytiharkan perjanjian-Nya.
Kandungan
Dosa Israel 1.1—2.16
Hukuman dan Belas Kasihan Allah 2.17—4.6

Currently Selected:

MALEAKHI Kata Pengantar: BM

Highlight

Copy

Compare

Share

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in