YouVersion Logo
Search Icon

2 TAWARIKH 16

16
Peperangan Menentang Israel
(1 Raj 15.17-22)
1Pada tahun ketiga puluh enam pemerintahan Raja Asa di Yehuda, Raja Baesa dari Israel menyerang Yehuda lalu mula memperkuat kota Rama untuk menutup jalan keluar masuk Yehuda. 2Oleh itu Raja Asa mengambil perak dan emas dari perbendaharaan di Rumah TUHAN dan di istana. Kemudian Raja Asa mengirimnya ke Damsyik kepada Raja Benhadad raja Siria, dengan pesan berikut, 3“Marilah kita mengikat persahabatan seperti yang dilakukan ayahanda kita dahulu. Emas dan perak ini hadiah untuk tuanku. Putuskanlah persahabatan tuanku dengan Raja Baesa di Israel, supaya raja Israel itu terpaksa menarik kembali tenteranya dari wilayah beta.”
4Raja Benhadad bersetuju dengan cadangan Raja Asa, lalu Raja Benhadad mengirim para panglima dan tentera mereka untuk menyerang kota-kota Israel. Mereka merebut Iyon, Dan, Abel-Bet-Maakha, dan semua kota di Naftali, iaitu tempat-tempat penyimpanan perbekalan negeri. 5Apabila Raja Baesa mendengar hal itu, baginda menghentikan usahanya untuk memperkuat Rama. 6Setelah itu Raja Asa memerintah orang dari seluruh Yehuda supaya membawa batu dan balak yang digunakan Raja Baesa di Rama, lalu mereka menggunakan semuanya untuk memperkuat kota Geba dan Mizpa.
Nabi Hanani
7Pada waktu itu Nabi Hanani menghadap Raja Asa dan berkata, “Oleh sebab tuanku telah bersandar kepada raja Siria dan tidak bersandar kepada TUHAN, Allah tuanku, maka hilanglah kesempatan untuk mengalahkan tentera raja Siria. 8Bukankah tentera Etiopia dan Libia besar bilangannya? Mereka mempunyai kereta kuda dan pasukan berkuda, tetapi kerana tuanku bersandar kepada TUHAN, Dia memberi tuanku kemenangan menentang mereka. 9TUHAN sentiasa mengawasi seluruh bumi ini dan memberikan kekuatan kepada mereka yang setia kepada-Nya. Tuanku telah berlaku bodoh, oleh itu mulai sekarang tuanku akan sentiasa berperang.” 10Raja Asa begitu murka terhadap nabi itu sehingga nabi itu dibelenggu. Pada masa itulah Raja Asa mula memperlakukan beberapa orang dengan kejam.
Akhir Pemerintahan Raja Asa
(1 Raj 15.23-24)
11Segala kejadian pada masa pemerintahan Raja Asa, dari permulaan hingga akhir, tercatat di dalam kitab Sejarah Raja-Raja Yehuda dan Israel. 12Pada tahun ketiga puluh sembilan pemerintahan Raja Asa, kakinya kena penyakit parah. Walaupun demikian baginda tidak meminta pertolongan TUHAN; sebaliknya baginda meminta pertolongan tabib. 13Dua tahun kemudian Raja Asa mangkat. 14Baginda dimakamkan di makam bukit batu yang telah dipahat untuknya di Kota Daud. Jenazahnya dilumuri rempah dan wangi-wangian sebelum dimakamkan. Api unggun yang sangat besar dinyalakan untuk menghormati baginda.

Currently Selected:

2 TAWARIKH 16: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy