YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 127

127
Memuji Kebaikan Allah
1Lagu ziarah oleh Raja Salomo.
Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah,
sia-sialah usaha orang yang mendirikannya;
jika bukan TUHAN yang melindungi kota,
sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.
2Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam,
bekerja keras mencari nafkah,
kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya,
sementara mereka sedang tidur.
3Anak-anak adalah anugerah TUHAN;
mereka adalah berkat-Nya.
4Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya,
adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.
5Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian.
Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan
ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.

Currently Selected:

MAZMUR 127: ABBDK96

Highlight

Copy

Compare

Share

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in