MAZMUR 126
126
Doa Minta Pemulihan
1Lagu ziarah.
Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem,#membawa kita balik ke Yerusalem; atau menjadikan Yerusalem makmur semula.
kita seperti bermimpi!
2Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira!
Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita,
“TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka.”
3Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita;
itulah sebabnya kita bersukacita!
4Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula,#jadikanlah...semula; atau bawalah kami balik ke negeri kami.
seperti sungai kering berair semula pada musim hujan.
5Semoga orang yang menabur benih sambil menangis,
dapat menuai hasilnya sambil bergembira!
6Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata,
akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira.
Currently Selected:
MAZMUR 126: ABBDK96
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.