YouVersion Logo
Search Icon

SIRAKH 28

28
1Seorang yang membalas dendam akan dibalas oleh Tuhan. Tuhan menghitung dosanya. 2Tetapi seorang yang mengampunkan kesalahan orang lain akan diampuni jika dia berdoa. #Mat 6.14; Mrk 11.25 3Seorang yang dendam terhadap orang lain tidak dapat mengharapkan pengampunan daripada Tuhan. 4Kalau dia tidak mahu mengampuni seorang manusia seperti dia, jangan dia berdoa supaya dosa-dosanya diampunkan. 5Kalau seorang manusia yang lemah menyimpan dendam, dia tidak usah mengharapkan pengampunan bagi dosa-dosanya. 6Ingatlah bahawa suatu ketika engkau akan mati dan tubuhmu menjadi busuk. Oleh itu hentikanlah permusuhan dan taatilah semua perintah. 7Ingatlah perintah Tuhan dan jangan berdendam terhadap sesama manusia. Ingatlah perjanjian Allah Yang Maha Tinggi dan maafkanlah kesalahan orang.
Pertengkaran
8Orang yang menjauhi pertengkaran tidak akan banyak berbuat dosa, kerana pertikaian dikobarkan oleh orang yang panas hati. 9Seorang yang berdosa mengacaukan persahabatan; dia menimbulkan permusuhan di kalangan orang yang hidup rukun. 10Semakin banyak bahan bakarnya, semakin panas nyala apinya. Semakin tegar hati orang, semakin sengit pertengkaran mereka. Semakin besar kekuasaan orang, semakin hebat kemarahan mereka. Semakin banyak kekayaan mereka, semakin dahsyat ledakan geram mereka. 11Pertikaian yang berkobar dengan tiba-tiba mengakibatkan pertumpahan darah. 12Kalau bunga api ditiup, apinya berpijar. Kalau diludahi, apinya padam. Kedua-duanya dilakukan dengan mulut.
Kata-Kata Jahat
13Seorang yang suka berbohong dan menyebarkan fitnah harus dikutuk kerana dia menyebabkan kejatuhan banyak orang yang hidup tenteram. 14Seorang yang suka memfitnah menggoncangkan banyak orang dan membuat mereka mengembara dari negeri ke negeri. Kota-kota yang kuat telah dihancurkannya dan keluarga para pembesar dimusnahkannya. 15Oleh sebab fitnah, isteri-isteri yang berbudi diceraikan dan hasil jerih payah mereka dirampas. 16Orang yang mendengar fitnah tidak akan menemukan ketenangan dan ketenteraman hati. 17Sebatan dengan cambuk menyebabkan bilur, tetapi kata-kata jahat mematahkan tulang. 18Banyak orang jatuh kerana pedang, tetapi lebih banyak yang jatuh kerana lidah. 19-20Berbahagialah orang yang terhindar daripada kemarahan pemfitnah, dan berbahagia pula orang yang tidak memikul beban seberat besi dan yang tidak terikat kakinya dengan rantai gangsa. 21Kata-kata jahat menyebabkan orang mati dengan sengsara, tetapi bagi mereka lebih baik mati daripada hidup.
22Orang salih tidak dapat dikuasai oleh fitnah dan tidak akan terbakar oleh apinya. 23Orang yang meninggalkan Tuhan akan menjadi mangsa fitnah. Sekali api fitnah dinyalakan antara mereka, api itu tidak dapat dipadamkan lagi. Fitnah itu dikirim kepada mereka seperti singa yang menyerang dan seperti harimau bintang yang mencarik-carik.
24Bukankah tanah milikmu kaupagari dan wangmu kausimpan di tempat yang terkunci? 25Begitu juga hendaknya engkau berhati-hati dengan perkataanmu. Timbanglah setiap perkataan dan tutuplah mulutmu dengan rapat. 26Berwaspadalah supaya jangan sampai engkau salah bercakap lalu jatuh ke tangan orang yang menunggu-nunggu peluang itu. #Sir 51.2-6; Yak 3.5-12

Currently Selected:

SIRAKH 28: BMDC

Highlight

Copy

Compare

Share

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in