Yesaya 26:1-5
Yesaya 26:1-5 AVB
Pada waktu itu lantunan pujian ini akan dikumandangkan di Tanah Yehuda: “Kita mempunyai kota yang kuat. Keselamatan didirikan-Nya sebagai tembok dan benteng. Bukalah pintu-pintu gerbang, supaya masuk bangsa yang benar, yang berpegang teguh pada kesetiaan! Engkau akan menjaga orang yang tekadnya teguh dengan damai yang sempurna kerana dia percaya kepada-Mu. Percayalah kepada TUHAN untuk selama-lamanya, kerana TUHAN ALLAH sajalah, batu pejal yang kekal. Dia menundukkan penduduk tempat tinggi, Dia merendahkan kota yang menjulang. Direndahkan-Nya kota itu sampai ke tanah, dan diratakan-Nya dengan debu.





