YouVersion Logo
Search Icon

Hosea 1

1
1 # 2Raj 15:1-7; 2Taw 26:1-23. 2Raj 15:32-38; 2Taw 27:1-8. 2Raj 16:1-20; 2Taw 28:1-27. 2Raj 18:1—20:21; 2Taw 29:1—32:33. 2Raj 14:23-29. Inilah firman TUHAN yang turun kepada Hosea anak Beeri pada zaman Uzia, Yotam, Ahas, dan Hizkia, raja-raja Yehuda, dan pada zaman pemerintahan Yerobeam anak Yoas, raja Israel.
Keluarga Hosea
2Apabila TUHAN mulai berbicara dengan perantaraan Hosea, Dia berfirman kepada Hosea, “Pergilah, peristerilah seorang perempuan lacur dan milikilah anak-anak pelacur, kerana luar biasa besarnya pelacuran penduduk negeri ini dengan meninggalkan TUHAN.”
3Maka pergilah dia memperisteri Gomer, anak perempuan Diblaim. Perempuan itu pun mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki baginya. 4#2Raj 10:11.Firman TUHAN kepada Hosea, “Namailah dia Yizreel, kerana tidak lama lagi Aku akan membalas penumpahan darah di Yizreel kepada keturunan kaum Yehu dan Aku akan mengakhiri kerajaan keturunan kaum Israel. 5Pada hari itu Aku akan mematahkan busur panah Israel di Lembah Yizreel.”
6Perempuan itu mengandung lagi lalu melahirkan seorang anak perempuan. Firman TUHAN kepada Hosea, “Namailah dia Lo-Ruhama,#1:6 Lo-Ruhama dalam bahasa Ibrani bererti, “Yang Tidak Dikasihani.” kerana Aku tidak akan mengasihani keturunan kaum Israel lagi sehingga Aku sudi mengampuni mereka. 7Tetapi Aku akan mengasihani keturunan kaum Yehuda dan menyelamatkan mereka demi TUHAN, Allah mereka. Aku tidak akan menyelamatkan mereka dengan busur panah, dengan pedang, dengan peperangan, dengan kuda, atau dengan pasukan berkuda.”
8Setelah Lo-Ruhama bercerai susu, perempuan itu mengandung lagi lalu melahirkan seorang anak lelaki. 9Firman TUHAN, “Namailah dia Lo-ami, kerana kamu bukan umat-Ku dan Aku tidak mahu menjadi Allahmu.”
Janji tentang penyelamatan
10 # Rm 9:26. Namun demikian, jumlah orang Israel kelak akan seperti pasir laut yang tidak dapat disukat atau dihitung. Nanti, di tempat dikatakan kepada mereka, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ di situ akan dikatakan kepada mereka, ‘Kamulah anak-anak Allah yang hidup.’ 11Bani Yehuda dan orang Israel akan berkumpul bersama-sama dan akan mengangkat seorang pemimpin atas mereka. Mereka akan keluar dari negeri ini, kerana hebatlah kelak hari Yizreel itu.

Currently Selected:

Hosea 1: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy