YouVersion Logo
Search Icon

Daniel 12

12
Akhir zaman
1 # Why 12:7. Mat 24:21; Mrk 13:19; Why 7:14; 12:7. “Pada waktu itu akan muncul Mikhail, malaikat penjaga yang besar, yang bertugas mengawasi anak-anak bangsamu. Akan ada masa kesesakan yang belum pernah terjadi sejak permulaan bangsa itu sehingga waktu itu. Tetapi pada waktu itu bangsamu sendiri, yakni semua orang yang namanya tercatat dalam kitab itu akan terselamat. 2#Yes 26:19; 2Mak 7:9-11,14; Mat 25:46; Yoh 5:29.Ramai daripada kalangan yang tidur dalam tanah yang berdebu akan bangun, sebahagiannya untuk mendapat hidup kekal, manakala sebahagian lagi untuk mendapat celaan dan kehinaan yang kekal. 3Akan bersinarlah orang yang bijaksana, seperti cahaya cakerawala, dan mereka yang memimpin ramai orang kepada perbenaran#12:3 Perbenaran: Perkataan ini antara maknanya bermaksud tingkah laku yang baik dan benar. akan bersinar seperti bintang untuk seterusnya dan selama-lamanya.
4 # Why 22:10. Tetapi engkau, Daniel, rahsiakanlah kata-kata ini dan materaikanlah kitab itu sampai akhir zaman. Ramai orang akan pergi ke sana ke mari dan pengetahuan akan bertambah.”
5Ketika aku, Daniel, mengamat-amati, tampaklah dua orang lain berdiri, seorang di tepi sungai seberang sini, seorang di tepi sungai seberang sana. 6Yang seorang bertanya kepada orang yang berpakaian kain linen, yang ada di sebelah atas air sungai itu, “Berapa lama lagikah maka hal-hal ajaib ini akan berakhir?”
7 # Why 10:5. Why 12:14. Lalu aku mendengar orang yang berpakaian kain linen, yang ada di sebelah atas air sungai itu, bersumpah demi Dia yang hidup selama-lamanya sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit, “Untuk satu masa, dua masa, dan setengah masa. Begitu berakhir penghancuran kuasa umat suci, barulah hal-hal ini akan digenapi.”
8Aku mendengar hal itu, tetapi tidak memahaminya. Maka aku bertanya, “Ya tuanku, apakah kesudahan daripada hal-hal ini?”
9Jawabnya, “Pergilah, Daniel, kerana kata-kata ini akan dirahsiakan dan dimateraikan sehingga akhir zaman. 10#Why 22:11.Ramai orang akan disucikan, dibersihkan, dan dimurnikan, tetapi orang fasiq akan terus berbuat kefasiqan. Orang fasiq mana pun tidak akan memahaminya, tetapi para bijaksana akan memahaminya.
11 # Dan 9:27; 11:31; Mat 24:15; Mrk 13:14. Sejak waktu korban sehari-hari dihapuskan dan kekejian yang mendatangkan kebinasaan itu ditegakkan, akan ada seribu dua ratus sembilan puluh hari. 12Berbahagialah orang yang menanti sehingga mencapai seribu tiga ratus tiga puluh lima hari.
13Tetapi engkau, pergilah sampai tiba ajalmu. Engkau akan beristirahat dan akan bangkit untuk mendapat bahagianmu pada akhir zaman.”

Currently Selected:

Daniel 12: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy