2 Korintus 9
9
1Tentang pemberian bantuan kepada orang salih, aku tidak perlu menulis kepadamu, 2kerana aku tahu kesediaanmu. Malah aku berbangga tentangmu di hadapan orang Makedonia dengan berkata bahawa Akhaya sudah siap memberi sejak tahun lalu; semangatmu telah banyak memberikan perangsang. 3Aku mengutus saudara-saudara kita itu supaya kebanggaan kami terhadapmu dalam hal ini tidak sia-sia. Oleh itu, kamu hendaklah benar-benar siap sedia, seperti yang telah kukatakan kepada mereka. 4Kalau ada orang Makedonia yang datang bersama aku dan mereka mendapati kamu belum siap, maka kami (tentulah juga kamu!) akan berasa malu, kerana kami begitu yakin. 5Dengan demikian aku telah meminta saudara-saudara kita pergi terlebih dahulu menemui kamu dan mengatur pemberian yang telah kamu janjikan itu; biar pemberian itu terkumpul dari kemurahan hatimu, bukan kerana terpaksa.
Menyemai banyak
6Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. 7#Sir 20:10-15.Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. 8Allah berkuasa melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadamu, supaya kamu dapat memenuhi segala keperluanmu dan berlebihan pula untuk amal kebajikan. 9#Mzm 112:9.Sebagaimana tersurat,
“Dia telah menaburkan kurnia-Nya di merata-rata dalam kalangan orang miskin;
Perbenaran-Nya#9:9 Dalam konteks ini, kata ‘perbenaran’ yang diterjemahkan drpd perkataan Yunani, ‘dikaiosunē’ membawa maksud kebaikan, kemurahan dan keadilan. kekal selama-lamanya.”
10 # Yes 55:10. Allah telah menyediakan benih untuk disemai dan roti untuk dimakan. Semoga Allah melipatgandakan benih yang telah kamu semai dan memperbanyak buah hasil perbenaranmu, 11serta memperkaya kamu dalam segala hal, sehingga kamu dapat terus-menerus bermurah hati. Pemberianmu yang disampaikan melalui kami akan menimbulkan rasa syukur kepada Allah. 12Kerana pekerjaan mulia yang sedang kita usahakan ini bukan sahaja akan menampung kekurangan orang salih, tetapi juga menyebabkan ramai orang mengucap syukur kepada Allah. 13Melalui pekerjaan mulia ini, kamu membuktikan imanmu dan mereka memuliakan Allah kerana melihat kesetiaan pengakuanmu terhadap Injil Kristus serta kemurahan hati yang kamu tunjukkan dengan pemberian kepada mereka dan semua orang. 14Mereka berdoa untukmu dan ingin berdamping denganmu kerana kasih kurnia Allah yang melebihi segala-galanya memenuhi dirimu. 15Segala puji dan syukur kepada Allah kerana kurnia-Nya yang tidak terperikan.
Currently Selected:
2 Korintus 9: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
2 KORINTUS 9
9
Derma untuk Sesama Orang Kristian
1Sebenarnya tidak perlu lagi aku menulis kepada kamu tentang derma yang sedang dikirim kepada umat Allah di Yudea. 2Aku tahu bahawa kamu suka menolong, dan aku sudah membanggakan kamu kepada orang di Makedonia. Aku berkata kepada mereka, “Saudara seiman di Akhaya telah bersedia menolong sejak tahun lalu.” Semangat kamu sudah mengobarkan semangat kebanyakan daripada mereka. 3Sekarang aku mengutus Titus dan dua orang saudara seiman itu, supaya apa yang telah kami bangga-banggakan tentang kamu bukanlah cakap angin belaka. Oleh itu, hendaklah kamu siap menolong, kerana aku sudah berkata bahawa kamu bersedia menolong. 4Apabila aku datang bersama-sama beberapa orang Kristian dari Makedonia, aku tidak ingin mereka mendapati kamu belum menyediakan wang derma itu. Jika hal itu berlaku, alangkah malunya kami kerana kami begitu yakin akan kamu. Kamu sendiri pun akan malu. 5Oleh itu, aku fikir perlu juga menggesa saudara-saudara itu supaya pergi kepada kamu lebih dahulu daripada aku untuk mengurus derma yang kamu janjikan itu. Dengan demikian derma itu telah tersedia apabila aku tiba. Hal itu menunjukkan bahawa derma itu kamu berikan dengan rela hati dan bukan kerana terpaksa.
6Ingatlah! Orang yang menanam sedikit benih, akan mendapat tuaian yang sedikit. Tetapi orang yang menanam banyak benih, akan mendapat tuaian yang banyak juga. 7Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati. 8Allah berkuasa memberkati kamu dengan berlimpah-limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan. Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan baik. 9#Mzm 112.9 Di dalam Alkitab tertulis,
“Dia bermurah hati kepada orang miskin,
kebaikan hatinya#kebaikan hatinya; Harfiah: kebenaran-Nya. kekal selama-lamanya.”
10 #
Yes 55.10
Allah menyediakan benih untuk ditabur dan makanan untuk dimakan. Dia juga akan membekali kamu benih yang dapat kamu tanam, dan akan menyebabkan tanaman kamu tumbuh. Dengan demikian kamu semakin murah hati.#kamu semakin murah hati; Harfiah: buah-buah kebenaranmu. 11Allah akan menjadikan kamu berkecukupan supaya kamu sentiasa dapat bermurah hati. Dengan demikian banyak orang akan bersyukur kepada Allah kerana derma yang kamu kirim melalui kami. 12Hal itu demikian, kerana perbuatan baik yang kamu lakukan itu bukan sahaja akan mencukupi keperluan umat Allah, tetapi juga menyebabkan banyak orang bersyukur kepada Allah. 13Dengan perbuatan baik yang kamu tunjukkan itu, banyak orang Kristian di Yudea akan memuliakan Allah kerana kesetiaan dan ketaatan kamu kepada Berita Baik tentang Kristus. Mereka juga akan memuji Allah kerana dengan murah hati kamu berkongsi milik dengan mereka dan semua orang lain. 14Mereka akan berdoa untuk kamu dengan penuh kasih sayang, kerana Allah sangat mengasihi kamu. 15Marilah kita bersyukur kepada Allah bagi pemberian-Nya yang tidak terhingga.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.