2 Korintus 10
10
Paulus mempertahankan diri
1Sekarang aku, Paulus, yang gementar ketika berhadapan denganmu tetapi berani ketika berjauhan, memohon sesuatu kepadamu atas sifat Kristus yang lemah lembut dan rendah hati. 2Aku memohon kepadamu, apabila aku datang nanti, janganlah sampai aku terpaksa menunjukkan keberanian di hadapanmu. Aku memang berniat untuk bertindak begitu terhadap beberapa orang yang menyangka bahawa kami hidup seperti orang duniawi. 3Walaupun kami hidup di dunia, kami tidaklah berjuang secara duniawi. 4Senjata-senjata kami bukanlah benda-benda duniawi tetapi kekuatan Ilahi untuk meruntuhkan benteng-benteng, 5mematahkan hujah-hujah dan segala yang meninggikan diri menentang pengenalan Allah, menundukkan semua fikiran supaya mematuhi Kristus, 6serta bersedia menghukum segala keingkaran terhadap Allah apabila ketaatanmu disempurnakan.
7Kamu hanya melihat sesuatu berdasarkan lahiriahnya. Jika seseorang yakin dalam hatinya bahawa dia milik Kristus, hendaklah dia memikirkan pula, bahawa sebagaimana dia milik Kristus, begitu jugalah kita ini milik Kristus. 8Kalaupun aku berbangga lebih sedikit tentang kewibawaan kami, yang diberikan oleh Tuhan kepada kami untuk membangunkan dan bukan membinasakan kamu, aku tidak akan berasa malu. 9Aku tidak mahu kamu menyangka bahawa aku hendak menakut-nakutkanmu dengan surat-suratku. 10Ada yang berkata, “Surat-suratnya bernas dan tegas, tetapi apabila berhadapan muka, dia kelihatan daif dan pertuturannya pun tidak memberikan kesan.” 11Orang yang berkata demikian haruslah menimbangkan hal ini: Bahawa sebagaimana kata-kata kami dalam surat ketika berjauhan, begitulah juga tindakan kami apabila berhadapan kelak.
12Kami tidak berani menggolongkan atau membandingkan diri kami dengan mereka yang memuji diri sendiri. Apabila mereka menilai diri sendiri dan membandingkan diri sama sendiri, mereka tidaklah bertindak dengan bijaksana. 13Sebaliknya, kami tidak akan berbangga berlebih-lebihan, tetapi dalam batas-batas lingkungan yang ditetapkan Allah untuk kami — lingkungan yang khususnya merangkum kamu. 14Kami tidaklah melampaui batas-batas yang ditetapkan Allah, seolah-olah kami belum sampai ke tempatmu. Kamilah yang pertama datang membawa Injil Kristus kepadamu. 15Kami tidak berbangga di luar batas, iaitu tentang usaha orang lain; tetapi kami berharap bahawa dengan bertambahnya imanmu, kamu akan memperluas lingkungan kami. 16Dengan demikian kami akan menyampaikan Injil di kawasan-kawasan yang lebih jauh lagi daripada tempatmu, dan tidak berbangga dalam lingkungan kerja orang lain.
17 # Yer 9:24. “Tetapi sesiapa yang bermegah, maka hendaklah dia bermegah dalam Tuhan.” 18Kerana bukanlah orang yang memuji diri sendiri yang diperkenan tetapi orang yang dipuji oleh Tuhan.
Currently Selected:
2 Korintus 10: AVB
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited
2 KORINTUS 10
10
Paulus Membela Pelayanannya
1Aku, Paulus memohon kepada kamu. Orang berkata bahawa aku ini lemah lembut apabila berhadapan dengan kamu, tetapi keras apabila jauh daripada kamu. Dengan kelembutan dan kebaikan hati Kristus, aku memohon 2supaya kamu tidak memaksa aku bersikap keras terhadap kamu apabila aku datang kelak. Aku tahu bahawa aku boleh bersikap keras terhadap orang yang mengatakan bahawa aku bekerja dengan tujuan duniawi. 3Memang benar kami ini hidup di dalam dunia, tetapi perjuangan kami tidak berdasarkan tujuan duniawi. 4Senjata yang kami gunakan dalam perjuangan, bukannya senjata dunia ini, melainkan senjata yang diberikan oleh Allah. Dengan senjata itu kami boleh menghancurkan pertahanan musuh; kami menghapuskan perdebatan 5dan mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus. 6Setelah kamu membuktikan kesetiaan kamu, kami siap menghukum sesiapa pun yang tidak setia.
7Kamu melihat hal-hal secara zahir sahaja. Jika sesiapa mengaku dirinya milik Kristus, hendaklah dia berfikir lagi dan sedar bahawa kami juga milik Kristus seperti dia. 8Aku tidak malu walaupun aku terlalu membanggakan kekuasaan yang sudah diberikan oleh Tuhan kepada kami, kerana kekuasaan itu diberikan untuk membina kamu, bukannya untuk meruntuhkan kamu. 9Aku tidak mahu kamu berfikir bahawa aku menakutkan kamu dengan surat-suratku. 10Ada yang berkata, “Surat-surat Paulus itu keras dan tegas, tetapi apabila dia bersama-sama kita, dia lemah perangainya dan kata-katanya tidak bererti apa-apa!” 11Biarlah orang seperti itu sedar bahawa apabila kami bersama-sama kamu, kami akan bertindak seperti apa yang kami tulis dalam surat-surat kami.
12Memang kami tidak berani menyamakan atau membandingkan diri dengan orang yang memuji diri mereka sendiri. Alangkah bodohnya mereka! Mereka membuat penilaian sendiri, dan menilai diri mereka dengan penilaian itu. 13Kami juga berbangga, tetapi tidak di luar batas yang ditentukan. Kami di dalam batas-batas kawasan pekerjaan yang sudah ditentukan oleh Allah bagi kami, dan kamu termasuk di dalam kawasan itu. 14Kamu termasuk di dalam kawasan yang sudah ditentukan oleh Allah bagi kami. Oleh itu, kami tidak di luar batas kawasan pekerjaan kami ketika mengunjungi kamu dan membawa Berita Baik tentang Kristus. 15Dengan demikian kami tidak berbangga dengan kerja orang lain yang di luar batas yang ditentukan oleh Allah bagi kami. Sebaliknya kami berharap agar kamu semakin percaya kepada Kristus, sehingga kami dapat meluaskan kerja kami di kalangan kamu, di dalam batas yang ditentukan oleh Allah. 16Kemudian barulah kami dapat mengkhabarkan Berita Baik di negeri-negeri lain. Dengan demikian kami tidak mendapat pujian bagi kerja yang sudah dilakukan di kawasan pelayanan orang lain.
17 #
Yer 9.24
Di dalam Alkitab tertulis, “Sesiapa mahu berbangga, hendaklah dia berbangga dengan apa yang sudah dilakukan oleh Tuhan.” 18Hal itu demikian kerana orang yang terpuji adalah orang yang dipuji oleh Tuhan, bukan orang yang memuji diri sendiri.
Currently Selected:
:
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Today's Malay Version with Deuterocanonicals © The Bible Society of Malaysia, 1996.