YouVersion Logo
Search Icon

Plan Info

Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - KebaktianSample

Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - Kebaktian

DAY 20 OF 30

Akulah gembala yang baik. Gembalan yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. Yohanes 10:11 Dalam Yohanes 10, Yesus memanggil dirinya "Gembala Baik." Beliau juga mengajar kita bahawa terdapat "gembala palsu" yang lain di dalam dunia. Gembala yang melarikan diri apabila menghadapi bahaya kerana mereka bukan benar-benar mengambil berat tentang dombanya. Apabila saya membaca perkataan ini, saya diingatikan bahawa saya telahpun mengikuti "gembala palsu" yang terdapat di dalam dunia ini . Kelulusan,Kejayaan, Kecantikan,keselesaan dan banyak lagi. Gembala-gembala palsu hanya akan memusnahkan saya dan perasaan tidak selamat, kerana pencuri itu menggunakan mereka untuk membunuh, mencuri, dan memusnahkan saya. Tetapi sebaliknya, kita boleh melihat kepada Yesus. Yesus, Gembala yang Baik. Yang memberikan kita kehidupan dan memberi segala secara berlimpah-limpah. Gembala yang menyelamatkan kambing domba-Nya. Yang memberikan mereka masa dan tempat untuk rehat, menyembuhkan yang sakit dan menguatkan kesihatan yang sedang sakit. seorang gembala yang mengasihi saya akan menyerahkan nyawa-Nya untuk saya. Yang menyerahkan ia dengan kerelaan-Nya. Gembala sebagai inilah yang saya akan mengikuti. Mengikuti Gembala yang baik membawa kegembiraan dan kepuasan yang sebenar, dan Hidup. Hari ini, mengikutilah gembala yang baik , meninggalkanlah gembala palsu. Oleh @sizeloveletterco

Scripture

Day 19Day 21

About this Plan

Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - Kebaktian

Cabaran “30haripenulisanalkitab“(30daysofbiblelettering) telah menarik perhatian ramai yang ghairah dan menemui peminat menulis / pro / rakan-rakan /orang ramai yang baru. Pelan ini mengandungi kebaktian untuk setiap har...

More

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy