Info Pelan

Berpacaran pada Zaman ModenSampel

Dating In The Modern Age

HARI 7 DARIPADA 7

 


Prinsip-prinsip Berpacaran (Bahagian 2)


Dalam bacaan semalam, kita berakhir dengan prinsip autonomi dalam berpacaran—berpacaran dengan orang yang percaya dalam Kristus sahaja. Apabila anda mengikuti prinsip itu, anda berdua akan tertakluk pada "peraturan" yang sama berhubung dengan mengikuti Allah. Ini membawa kepada prinsip seterusnya: kesucian seksual.


Kesucian seksual adalah satu prinsip yang telah hilang pada zaman moden. Walau bagaimanapun, prinsip ini adalah penting kerana seks melibatkan jauh lebih daripada sentuhan fizikal sahaja. Ikatan emosi yang lebih mendalam berlaku apabila dua orang bersetubuh. Pasangan anda dimaksudkan untuk menjadi kawan karib anda, tetapi jika anda melibatkan keseksualan dalam hubungan itu dengan terlalu cepat, perbuatan itu merosakkan keupayaan anda untuk menilai sama ada orang ini ialah seorang kawan yang baik. Perbuatan ini membuat anda mengekalkan hubungan yang tidak harus disambung, dan menjadikan putus cinta lebih menyakitkan.


Ini membawa kepada prinsip seterusnya: layani teman pacar anda sebagai anak Allah. Siapa anda mempengaruhi perbuatan anda. Jadi, apabila anda keluar dengan teman pacar anda, anda perlu memandang orang yang duduk di hadapan anda—dan ia perlu memandang anda—sebagai anak angkat Allah. Bagaimanakah anda melayan anak Raja syurga? Dengan berbudi bahasa, sopan, hormat, dan baik hati. Anda mahu kesan akhir kehadiran anda dalam mana-mana hubungan membuat teman anda lebih baik. Anda mahu mendorong teman anda untuk lebih mempercayai dan mengasihi Allah hasil daripada kehadiran anda dalam kehidupannya.


Matlamat anda seharusnya memberkati, bukan menarik hati semata-mata. Maka, pergi makan malam, berkenalan dengan teman pacar anda, laksanakan aktiviti yang anda gemar. Anda tidak cuba memenangi hatinya, cuma menilai satu sama lain untuk melihat sama anda berdua adalah serasi. Dengar dengan perhatian penuh, tanya soalan yang baik, dan berkongsi fikiran anda secara jujur. Memuji. Mendorong. Berterus-terang secara ikhlas dan kebaikan hati. Jangan terlalu menumpukan perhatian pada menarik hati. Berpacaran bertujuan menilai dan memberkati. Itu sahaja.


Ini membawa kepada prinsip seterusnya: membenarkan orang yang dipercayai untuk menyertai perbualan tentang proses berpacaran anda. Perasaan romantik memabukkan dan memutarbelitkan, maka mendapatkan suara yang betul dalam proses tersebut dapat mengelakkan anda daripada menghabiskan terlalu banyak masa dengan orang yang salah. Pilih kawan yang mengasihi Allah, mengasihi anda, dan yang tidak takut memberitahu anda apa yang mereka fikir secara tepat. Minta mereka berbicara tentang proses itu dari awal dan secara kerap. Kelilingi diri anda dengan nasihat yang salih.


Prinsip berpacaran yang terakhir adalah bersabar. Biarlah hubungan itu bertumbuh mengikut rentak sendiri. Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin, tetapi tunggu dan perhatikan sifat orang itu. Sesetengah orang jelasnya tidak sesuai untuk berpacaran pada permulaannya. Yang lain mungkin kelihatan baik pada permulaannya, tetapi dengan peredaran masa anda akan mula mempersoalkan sifat tertentu mereka. Perhatikan cukup lama untuk melihat bagaimana mereka bereaksi terhadap keadaan yang tidak berjalan mengikut kehendak mereka. Berikan diri anda ruang untuk melihat mereka pada setiap musim.


Adakah anda akan menemui seseorang yang secocok? Saya tidak tahu. Namun, saya tahu bahawa Allah telah memberikan anda kebijaksanaan dan diri-Nya untuk menjadi persandaran dalam perjalanan hidup anda. Saya berdoa agar harapan anda pada musim berpacaran ini akan tertumpu pada Raja, bukannya putera atau puteri. Saya berdoa agar anda akan berjalan dengan-Nya, mempercayai bahawa Dia akan menjaga setiap keperluan anda dan, jika memanglah kehendak-Nya, memimpin anda kepada orang yang betul pada masa-Nya yang baik.


Respons


Mengapakah kesucian seksual itu penting dalam proses berpacaran? Bagaimanakah kawalan kendiri sebelum berkahwin membantu anda membina hubungan yang akan kekal selepas berkahwin?


Apakah yang dikatakan oleh cara anda melayan teman pacar anda tentang sifat anda? Mengapakah penting untuk melayan teman anda itu sebagai anak kesayangan Allah?


Siapakah yang boleh bercakap secara terus-terang kepada anda semasa anda berpacaran? Betapa terbukanya anda terhadap input orang tersebut?


Bilakah anda rasa sukar bagi anda untuk bersabar dalam hubungan? Apakah perkara yang hanya dapat anda ketahui tentang seseorang selepas beberapa musim?


Hari 6

Perihal Pelan

Dating In The Modern Age

Berpacaran . . . adakah perkataan itu menyebabkan kerisauan atau harpaan dalam hati anda? Segala kesalinghubungan teknologi nampaknya merumitkan, mengelirukan dan mengecewakan lagi hal berpacaran. Dalam bacaan pelan 7 ha...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ben Stuart kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thatrelationshipbook.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami