Info Pelan

Berpacaran pada Zaman ModenSampel

Dating In The Modern Age

HARI 4 DARIPADA 7

 


Siapa yang Harus Dijadikan Teman Pacar


Salah satu bahaya terbesar semasa berpacaran adalah kecenderungan menerapkan mentaliti pengguna dan bukannya mentaliti teman. Apabila anda menanya orang lain tentang jenis orang yang ingin dijadikan teman pacar, mereka akan mula menyenaraikan satu set sifat-sifat. "Tinggi, tetapi tidak terlalu tinggi. Sensitif, tetapi tidak terlalu sensitif. Berkeyakinan, tetapi juga penyayang. Tampan, tetapi lucu. Memiliki pekerjaan yang baik dengan gaji yang tinggi."


Masalah menyenaraikan sifat-sifat adalah perbuatan ini menimbulkan jangkaan yang tidak dapat dipenuhi oleh orang lain. Anda cuba menyesuaikan pesanan anda untuk memperoleh apa yang anda rasa adalah terbaik bagi anda. Dalam berpacaran, anda mencari orang untuk dikasihi, bukan produk untuk digunakan. Jadi, proses pemilihan anda tidak boleh berdasarkan sifat-sifat sementara seperti rupa, daya tarikan, atau kekayaan, kerana sifat-sifat tersebut akan beransur hilang (lihat Amsal 31:30). Jika perkahwinan anda dibina atas sifat-sifat luaran, anda tiada harapan bersama akan masa depan yang kekal.


Dalam berpacaran, anda tidak membina robot daripada bahagian manusia untuk memenuhi keperluan anda. Sebaliknya, anda menggunakan kehidupan anda untuk membina orang itu demi kemuliaan Allah. Oleh itu, orang yang anda pilih untuk dikahwini harus memiliki punca sauh kasih dan kemoralan di luar apa yang anda berikan supaya perkahwinan anda boleh kekal kukuh meskipun ketika anda berada dalam keadaan yang paling lemah. Anda inginkan seseorang yang kesetiaannya terhadap anda tidak terpaku pada pasir pindah keadaan.


Sekarang ini, adakah anda akan mendapat tahu tentang semua ini berhubung dengan calon pacar anda pada janji temu yang pertama? Sudah tentu tidak! Sesiapa sahaja boleh berbohong sepanjang temu bual sejam. Walau bagaimanapun, perkara yang anda patut lihat ialah seseorang yang berusaha untuk melakukan perkara yang indah demi sebab yang indah. Anda patut mencari seseorang yang mengejar Tuhan secara aktif dengan tahap semangat yang serasi dengan tahap anda. Anda patut berdiri di mazbah bersama-sama dan berjanji untuk kekal setia kepada satu sama lain tanpa tertanya-tanya sama ada anda berdua adalah ikhlas.


Anda patut menghabiskan kehidupan anda dengan seseorang yang bukan sahaja taat kepada Allah malah secocok dengan anda. Keyakinan dan kepercayaan peribadi anda tentang Allah adalah penting dalam hubungan anda. Terdapat isu-isu teologi yang amat penting yang tidak boleh diringankan: kewujudan Allah yang tritunggal, kenyataan dosa, kematian bersifat penggantian Kristus, dan keselamatan oleh kasih karunia melalui iman. Melewati semua ini adalah isu-isu penting lain yang anda boleh tidak bersetuju antara satu sama lain dan menyelesaikannya bersama-sama. Namun, saya mengingatkan bahawa sementara anda tidak perlu bersetuju tentang setiap isu, anda patut bersepakat mengenai isu-isu yang paling penting kepada anda.


Serasi dari segi sosial juga penting. Sebahagian besar daripada perkahwinan anda tidak dihabiskan bersetubuh tetapi menghabiskan masa bersama satu sama lain. Anda harus mendapati teman anda itu menarik. Anda harus mempunyai matlamat kehidupan dan kerjaya yang menghala ke arah yang secocok. Sesetengah kompromi adalah penting. Namun, terlalu banyak kompromi akan membuat anda berdua kecewa kerana anda tidak dapat memenuhi misi kehidupan anda.


Alkitab melihat nilai dalam tarikan fizikal (bacalah Kidung Agung). Ini merupakan satu faktor dalam pembinaan hubungan—tetapi tidak menentukan sama ada anda harus bersama seseorang itu. Jelas sekali, ini disebabkan kita semua akan menjadi tua dan keindahan luaran atau kesihatan akan beransur hilang. Maka, pandai-pandailah! Memanglah lebih mudah untuk merenungkan isu-isu tersebut sebelum berkahwin. Mempertimbangkan semua hujah ini akan membantu anda menilai sama ada Allah telah mentakdirkan hubungan itu.


Respons


Apabila anda mempertimbangkan calon pacar, apakah yang anda cari dalamnya?


Apakah hal yang akan membuat anda memutuskan untuk tidak menerima seseorang calon pacar? Dalam lingkungan apakah anda sanggup bertoleransi dan berkorban dalam hubungan itu?


Bagaimanakah anda menentukan sama ada calon pacar itu berusaha untuk matlamat yang sama dengan anda? Apakah kesulitan yang tidak diduga jika hal ini tidak dijadikan keutamaan?


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Dating In The Modern Age

Berpacaran . . . adakah perkataan itu menyebabkan kerisauan atau harpaan dalam hati anda? Segala kesalinghubungan teknologi nampaknya merumitkan, mengelirukan dan mengecewakan lagi hal berpacaran. Dalam bacaan pelan 7 ha...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ben Stuart kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thatrelationshipbook.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami