Info Pelan

Berpacaran pada Zaman ModenSampel

Dating In The Modern Age

HARI 2 DARIPADA 7

 


Pengemudi Perjalanan


Apabila saya memandang landskap kehidupan dan kasih dalam banyak orang hari ini, saya melihat ketakutan. Takut akan membuat kesilapan. Takut akan tertinggal. Takut akan kehilangan peluang. Dalam orang lain saya mendengar kebanggaan—berkeras hendak menjalankan kehidupan menurut cara sendiri supaya tiada orang yang dapat mengancam kebebasan pernyataan mereka. Dalam banyak orang, saya juga memerhatikan keghairahan. Mengapa membuat komitmen untuk menyayangi seseorang dari segi emosi jika anda boleh menggunakan mereka dari segi fizikal sahaja? Ketakutan, kebanggaan, dan keghairahan adalah punca banyak masalah yang timbul dalam hubungan.


Tiada antara pemandu tersebut tertumpu pada kasih. Ketakutan menutup dan meninggalkan, tetapi kasih membuka dan memberi secara bebas. Kebanggaan tidak akan sabar dengan risiko mendedahkan diri kepada orang lain, tetapi kasih merisikokan kelemahan demi orang lain. Keghairahan memberitahu orang lain bahawa anda hanya inginkan bahagian yang anda dapat guna, tetapi kasih menerima seluruh peribadi itu—pada hari terbaik dan terburuknya.


Selama ketakutan, keghairahan, dan kebanggaan berada di tempat duduk pemandu hubungan anda, anda akan memecut menjauhi kasih yang sihat. Perkara ini akan membawa anda kepada keterasingan atau membentuk hubungan cetek yang tidak memuliakan Allah. Inilah situasi yang saya perhatikan dalam budaya kita hari ini. Saya melihat satu generasi yang hilang di laut, tidak pasti bagaimana mengharungi lautan kasih yang bergelora dan mengelakkan kesulitan ketakutan, keghairahan, dan kebanggaan yang tidak diduga. Mereka terapung-apung, berluka dan berlebam dipukul angin dan ombak.


Dahulu, apabila sesebuah kapal mengharungi laut yang bergelora, kapten perlu mengakui bahawa ia kekurangan pengetahuan tentang kawasan itu untuk mengemudikan kapalnya ke pelabuhan dengan selamat. Apabila ia sedar akan hal itu (ini adalah sebelum zaman komunikasi moden), ia akan menaikkan bendera yang menandakan, "Saya memerlukan seorang pengemudi." Bila-bila seorang pengemudi yang biasa dengan kawasan tersebut melihat bendera itu dinaikkan pada tiang kapal, ia akan melompat ke dalam perahunya, mengayuh ke kapal itu, dan menaiki kapal.


Pengemudi ini akan mengambil alih kapal itu dan mengemudinya dengan selamat melalui batu dan kawanan ikan ke pelabuhan. Sebagai tanda untuk memaklumkan pengemudi lain yang ingin menaiki kapal itu bahawa mereka tidak diperlukan, kapal itu akan menaikkan bendera yang lain—bendera yang separuh merah dan separuh putih. Bendera ini memberitahu semua orang yang melihatnya, "Saya sudah mempunyai pengemudi." Pengemudi yang lain tidak diperlukan, dan orang tempatan boleh rasa yakin bahawa kapal ini dalam keadaan selamat.


Di tengah-tengah laut yang tidak pasti dalam hubungan berpacaran anda, anda juga mempunyai cara untuk mengemudikan jalan anda. Anda boleh menaikkan bendera menyerahkan diri dan mengakui bahawa anda "memerlukan seorang pengemudi" yang akan menjauhkan anda daripada bahaya di bawah permukaan. Anda juga boleh menaikkan bendera komitmen yang memberitahu dunia, "Saya sudah mempunyai pengemudi," dan memilih untuk mengikutnya sahaja.


Allahlah yang mencipta anda dan merupakan satu-satunya peribadi yang boleh membimbing anda balik ke rumah dengan selamat. Alkitab memberitahu kita bahawa Dia ialah kasih (lihat 1 Yohanes 4:8). Jadi, dalam hubungan berpacaran anda hari ini, akuilah bahawa anda memerlukan pemandu di laut kasih yang tidak diketahui. Ucapkan kepada Allah bahawa anda memerlukan Dia untuk mengambil alih dan memimpin anda. Berhubungan dengan berpacaran, di sinilah perjalanan anda mesti bermula.


Respons


Apakah peranan yang dimainkan oleh ketakutan, kebanggaan, dan keghairahan dalam pengejaran anda akan kasih romantik? Bagaimanakah anda pernah mengalami kasih yang sihat?


Apakah beberapa "laut bergelora" yang pernah anda alami berhubung dengan berpacaran?


Apakah maksudnya terhadap kehidupan berpacaran anda untuk menaikkan bendera menyerahkan diri dan mengakui bahawa anda memerlukan seorang pemandu?


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Dating In The Modern Age

Berpacaran . . . adakah perkataan itu menyebabkan kerisauan atau harpaan dalam hati anda? Segala kesalinghubungan teknologi nampaknya merumitkan, mengelirukan dan mengecewakan lagi hal berpacaran. Dalam bacaan pelan 7 ha...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ben Stuart kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thatrelationshipbook.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami