Info Pelan

Berpacaran pada Zaman ModenSampel

Dating In The Modern Age

HARI 6 DARIPADA 7

 


Prinsip-prinsip Berpacaran (Bahagian 1)


Berhubung dengan prinsip-prinsip berpacaran, pertama sekali anda perlu menjemput Allah alam semesta ke proses itu. Benarkan kebenaran tentang siapa Dia itu untuk mempengaruhi fikiran dan tindakan anda. Doa membebaskan anda daripada ketakutan akan bersendirian—dan melindungi anda daripada mengkompromikan standard anda. Anda boleh bertenang dan menikmati setiap waktu kerana anda bergantung pada pengetahuan bahawa Allah anda yang kuat dan penyayang memimpin anda secara baik. Apabila anda mempunyai hubungan yang jelas dengan Allah, anda boleh melihat orang lain sebagai ciptaan berharga dalam gambaran-Nya—bukan untuk digunakan, tetapi untuk dihormati.


Dalam berpacaran, rasa hormat itu bermula apabila anda mengikuti prinsip berpacaran yang kedua: memberikan kejelasan kepada orang itu. Dalam Efesus 4:15, Paulus berkata ciri umat Yesus adalah mereka "mengatakan perkara-perkara benar dengan hati yang penuh kasih." Amsal 24:26 mengkhabarkan bahawa jawapan yang jujur bagaikan mengecup bibir. Memberitahu seseorang kebenaran adalah tanda hormat dan kasih. Jadi, kumpullah keberanian untuk menyatakan fikiran anda, perasaan anda, dan tindakan yang ingin diambil dengan baik.


Pastikan maksud anda adalah jelas semasa janji temu. Beritahu teman pacar anda tentang perasaan anda akan pengalaman itu—jangan buatnya tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Kekaburan tidak menyenangkan. Juga, bersifat jelas tentang hasil proses berpacaran ini. Kongsikan tahap keselesaan anda berhubung dengan pengalaman anda pada bila-bila masa, dan bersifat sanggup berhenti tanpa membebankan satu sama lain jika salah seorang daripada anda berasa tidak selesa. Seharusnya ada pintu keluar yang jelas. Apabila anda memberikan orang lain kejelasan, anda memberikan mereka ketenangan dan peluang untuk menjadi diri sendiri.


Orang yang mempercayai Yesus tidak perlu berpura-pura. Kehidupan ini adalah singkat. Anda tidak mempunyai masa untuk mengucar-ngacirkan emosi orang lain. Katakan apa yang dimaksudkan. Maksudkan apa yang dikatakan. Bersifat jelas tentang proses tersebut.


Prinsip berpacaran yang ketiga adalah proses ini haruslah antara orang yang mempercayai Kristus. Alkitab adalah jelas bahawa orang yang mempercayai Yesus harus berpacaran dengan (dan mengahwini) orang yang mempercayai Yesus. Anda harus mengasihi orang yang tidak percaya, tetapi anda tidak harus menjalin hubungan romantik dengan mereka. Sebagai orang percaya dalam Yesus, berpacaran adalah sebahagian daripada berkomuniti dengan orang percaya yang lain—hubungan perjanjian. Allah tidak mengakui berpacaran sebagai satu "status." Anda sama adanya saudara dan saudari dalam Kristus, ataupun suami dan isteri. Tiada lingkungan perantaraan. Jadi, janganlah terkeliru.


Dalam cara yang sama, Alkitab menetapkan batasan yang jelas antara hal yang dibenarkan dari segi seksual. Dalam perkahwinan, banyak hal yang dibenarkan. Dalam pembujangan, tiada apa-apa dibenarkan. Dan dalam berpacaran, masihlah tiada apa-apa dibenarkan. Kasih sejati tidak memerlukan sentuhan tubuh anda sementara mengelakkan sebarang tanggungjawab untuk menjaga anda dari segi emosi dan kewangan pada masa yang sama. Jadi, sehingga anda berdua berkahwin di hadapan Allah, anda masihlah dua. Anda terasing.


Anda bertanggungjawab di hadapan Allah tentang kehidupan anda. Maka, layanlah berpacaran sebagai musim penilaian yang membawa kepada kesimpulan yang kukuh tentang orang itu. Gunakan berpacaran untuk menentukan sama ada anda memiliki perkongsian yang baik atau tidak.


Respons


Sudahkah anda menjemput Allah ke dalam kehidupan berpacaran anda? Mengapakah penting untuk menjemput-Nya ke proses itu sebelum anda memilih untuk berpacaran dengan seseorang?


Apakah beberapa cara untuk mengkomunikasikan niat anda secara sewajarnya kepada seseorang yang ingin dijadikan teman pacar? Bagaimanakah anda menghormati orang tersebut melalui cara anda melayannya?


Apakah batasan yang telah Allah tetapkan dalam hubungan? Jika anda telah melanggar mana-mana batasan tersebut, bagaimanakah anda boleh berbalik ke jalan yang betul?


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Dating In The Modern Age

Berpacaran . . . adakah perkataan itu menyebabkan kerisauan atau harpaan dalam hati anda? Segala kesalinghubungan teknologi nampaknya merumitkan, mengelirukan dan mengecewakan lagi hal berpacaran. Dalam bacaan pelan 7 ha...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ben Stuart kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thatrelationshipbook.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami