Info Pelan

Berpacaran pada Zaman ModenSampel

Dating In The Modern Age

HARI 5 DARIPADA 7

 


Bagaimana Berpacaran


Beberapa tahun lalu, semasa melawat Grand Canyon, saya mengembara berjalan kaki jauh di dalam ngarai itu untuk melihat air terjun. Semasa saya berjalan di tepi Sungai Colorado, saya menemui satu pasangan muda yang menuju air terjun yang sama. Mereka menjemput saya untuk menyertai mereka, tetapi saya rasa mereka akan memperlahankan perjalanan saya. Apabila saya bergerak pantas ke depan, saya mula takut bahawa saya sudah terlepas air terjun itu. Dengan cemas saya mendaki cenuram dan mengejutkan seekor rusa yang menyebabkan saya berundur lalu jatuh bergolek ke bawah ngarai berbatu itu. Semasa saya terbaring di sana, saya dengar deruman air. Mengikuti bunyi air itu, saya melihat pasangan manis tadi, menikmati makan tengah hari mereka di kaki air terjun.


Saya mengisahkan cerita ini untuk menggambarkan satu kenyataan: pasangan itu dan saya sampai ke destinasi kami, tetapi saya mengambil jalan yang kurang berkesan dan kurang menyeronokkan. Ini menggambarkan berpacaran moden. Kita menemukan kasih setiap hari. Namun, perjalanan itu mengambil masa yang lebih lama—banyak orang tidak berkahwin sehingga mereka melebihi 30 tahun. Pada generasi lepas, jalannya adalah lebih jelas, tetapi sekarang kita terus mara merentasi hutan tanpa alat, tanpa pemandu, dan separuh keping granola. Kita berjaya, tetapi menjadi agak letih sepanjang jalan itu.


Peraturan berpacaran sudah menjadi kabur dan tidak pasti. Berpacaran seharusnya dikaitkan dengan perkataan seperti menyeronokkan, menggembirakan, dan meningkatkan kehidupan. Walau bagaimanapun, terlalu kerap, perkataan yang saya dengar dikaitkan dengan berpacaran adalah menyedihkan, memenatkan, dan menimbulkan tekanan. Sebagai seorang yang menyukai kawan muda saya yang bujang, saya inginkan perjalanan yang lebih baik bagi mereka. Dan satu perjalanan yang terbaik mungkin! Jalan untuk mengasihi mungkinlah menyakitkan, tetapi ada cara untuk berjalan melaluinya dan mengelakkan penderitaan yang tidak perlu.


Sebahagian besar daripada penderitaan hari ini disebabkan oleh kekurangan sebarang proses berpacaran yang terancang. Perhatikan bahawa saya mengatakan proses—perkataan itu membayangkan pergerakan. Berpacaran seharusnya satu siri tindakan ke arah hasil yang ditentukan terlebih dahulu. Ini bukan status tetap tanpa sebarang momentum. Berpacaran dimaksudkan untuk menjadi proses penilaian yang mempunyai titik akhir—satu destinasi yang dipanggil perkahwinan.


Proses ini disifatkan oleh prinsip-prinsip abadi yang berakar umbi dalam sifat dan kasih Allah. Perhatikan bahawa saya menggunakan perkataan prinsip, bukan langkah. Langkah adalah lebih mudah—cuma mengikuti arahan dan anda akan bahagia dalam perkahwinan anda! Berpacaran tidak berjalan sedemikian, kerana hubungan adalah terlalu dinamik. Berpacaran lebih menyerupai berlayar di laut berbanding memasang produk. Langkah tidak berkesan apabila anda menyeberangi laut menggunakan bot. Anda tidak mendapat arahan langkah-demi-langkah, kerana persekitaran bersifat dinamik. Siapakah yang tahu jenis ribut yang akan anda hadapi sepanjang perjalanan itu?


Akan tetapi, prinsip boleh menyelamatkan nyawa anda di laut. Mengetahui bagaimana merancang pelayaran berdasarkan bintang, atau cara menggunakan kompas, atau bagaimana merancang pelayaran menggunakan peta dan sekstan, boleh menjayakan pelayaran anda. Dalam cara yang sama, prinsip anda semasa berpacaran boleh membantu anda mengatasi sebarang cabaran yang timbul. Maklumat tersebut akan membawa anda dari pantai kebujangan ke pelabuhan perkahwinan.


Mengikuti prinsip yang saya akan bincangkan dalam dua bacaan seterusnya menghendaki anda untuk menumpukan fikiran dan hati anda pada hal ini. Ini memerlukan usaha. Namun, pekerjaan ini menjadi suatu pengembaraan (sungguhpun dengan risiko) yang berbaloi dengan usaha. Prinsip-prinsip yang menjadi pedoman ini—sekiranya diterapkan dalam persekitaran berpacaran anda yang dinamik—akan membawa anda mengharungi gelora berpacaran dengan selamat.


Respons


Apakah perkataan yang anda kaitkan dengan berpacaran? Apakah jangkaan anda tentang cara berpacaran? Apakah set minda anda?


Apakah maksud berpacaran adalah suatu proses? Apakah tindakan yang terlibat dalam proses berpacaran? Apakah destinasi anda dalam perjalanan ini? Jika anda tidak berminat untuk berkahwin, apakah pilihan anda untuk menjalin hubungan yang sihat?


Apakah kemahiran hubungan yang anda perlu usahakan untuk berpacaran dengan berjaya? Betapa baikkah kemahiran anda mendengar, memandang dan menilai orang yang ditemui? Bagaimanakah proses ini boleh menjadi suatu pengembaraan?


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Dating In The Modern Age

Berpacaran . . . adakah perkataan itu menyebabkan kerisauan atau harpaan dalam hati anda? Segala kesalinghubungan teknologi nampaknya merumitkan, mengelirukan dan mengecewakan lagi hal berpacaran. Dalam bacaan pelan 7 ha...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ben Stuart kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thatrelationshipbook.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami