Mukjizat YesusSampel

Yesus Berjalan di Atas Air
Mukjizat terakhir yang akan dibincangkan berlaku sejurus selepas Yesus dan murid-murid-Nya memberikan makanan kepada lima ribu orang. Yesus mengarahkan murid-murid-Nya untuk menaiki perahu dan bertolak ke Betsaida. Sementara itu, Yesus menyuruh orang ramai pulang dan Dia naik ke bukit seorang diri lalu berdoa.
Pada petang harinya, Yesus melihat perahu murid-murid di tengah-tengah tasik terumbang-ambing kerana angin berhembus dari arah bertentangan. Kemudian, Yesus melakukan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Markus 6:48 BM mencatatkan, "Oleh itu, kira-kira antara pukul tiga dan enam pagi, Dia berjalan di atas air dan menghampiri mereka." Ayat ini menyatakan bahawa Yesus hendak mendahului mereka, tetapi mereka berteriak-teriak ketika melihat Yesus kerana mereka fikir Dia ialah hantu.
Yesus segera menenangkan mereka, katanya, 'Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!' Sesudah itu, Petrus berseru kepada Yesus dan berkata, "Ya Tuhan, jika Engkau benar-benar Yesus, suruhlah aku datang berjalan di atas air" (Matius 14:28 BM). Yesus memenuhi permintaannya, lalu Petrus turun dari perahu itu.
Pada mulanya, Petrus berjalan di atas air menuju Yesus. Namun, apabila dia mengalihkan pandangannya daripada Yesus dan melihat ombak yang bergelora, dia berasa takut dan mula tenggelam, lalu berseru agar Yesus menyelamatkannya. Ketika Yesus menghulurkan tangan lalu memegang tangan Petrus, Dia berkata, "Begitu tipis kepercayaanmu, mengapa engkau ragu?" (Matius 14:31 AVB). Petrus dan Yesus menaiki perahu dan angin pun teduh. Murid-murid menyembah-Nya sambil berkata, "Sesungguhnya Engkau Anak Allah!" (Matius 14:33 BM).
Pokoknya: Menetapkan Pandangan Kita Pada Yesus
Sesungguhnya menakjubkan bahawa kita boleh mengikut Yesus dengan dekat dan menumpukan perhatian pada firman-Nya, kemudian, kita mengalihkan pandangan melihat masalah di sekeliling kita sejenak dan segera mula tenggelam. Pernahkah anda mengalaminya?
Memang dikatakan bahawa kita sering kali memandang sekilas kepada Yesus dan merenung masalah kita sementara kita harus melakukan hal yang bertentangan: merenung Yesus dan memandang sekilas kepada masalah kita. Rasanya lebih mudah untuk menumpukan perhatian pada perkara yang tidak kena, bukan? Walau bagaimanapun, menetapkan pandangan kita pada Yesus akan membawa ketenangan jiwa meskipun masalah mengancam kita. Soalan yang harus diajukan ialah, "Mata saya terpaku pada apa?"
Semasa anda mengakhiri Pelan tentang mukjizat Yesus ini, anda mungkin menantikan mukjizat anda. Anda tidak pasti bila keinginan hati anda akan dikabulkan, bila penyembuhan akan diberikan, ataupun bila hubungan itu akan dipulihkan.
Meskipun di tengah-tengah ketidakpastian tersebut, anda masih boleh berharap pada kebenaran daripada Pelan ini. Kita melayani Tuhan yang kelimpahan, yang tidak mendefinisikan kita berdasarkan keraguan kita, Dia menyertai kita walau apa pun, memanggil kita untuk memberi dengan beriman, dan ingin kita memakukan pandangan kita pada Dia sahaja.
Kitab
Perihal Pelan

Ketika Yesus berada di bumi, Dia melakukan lebih banyak mukzijat daripada yang diketahui kita. Dia menyembuhkan orang yang sakit, membangkitkan orang yang telah mati dan melakukan perkara luar biasa yang mengagumkan pemerhatinya. Dalam Pelan ini, kita akan meneliti lima mukzijat yang telah dilakukan oleh Yesus dan kebenaran yang dikutip daripadanya, yang dapat diterapkan dalam hidup kita.
More