Mukjizat YesusSampel

The Miracles of Jesus

HARI 1 DARIPADA 5

Menukar Air Menjadi Wain

Tidak lama selepas Yesus memulakan pelayanan-Nya di dunia ini, Dia menghadiri satu majlis perkahwinan di Kana dengan ibu dan murid-murid-Nya. Sudah menjadi kelaziman menghidangkan wain dalam kebanyakan perayaan, terutamanya majlis perkahwinan. Majlis itu masih berlangsung dan mereka kehabisan wain. Nampaknya, perkara itu agak luar biasa dan akan memalukan tuan rumah. 

Ibu Yesus mendekati-Nya untuk memaklumkan perkara itu. Mungkin Maria merupakan seorang tukang atur dan dia ingin menyelesaikan masalah itu, ataupun dia berkeyakinan bahawa anaknya mempunyai penyelesaiannya. Dia membalas bahawa saat-Nya “belum tiba.” Walaupun Dia mengatakan itu, Dia tetap melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah kehabisan wain itu. 

Yesus menyuruh pelayan di situ untuk memenuhkan tempayan dengan air. Terdapat enam tempayan dan setiap satunya dapat menampung sebanyak 20 hingga 30 gelen. Menurut budaya orang Yahudi, tempayan tersebut digunakan untuk istiadat penyucian, dan setelah membasuh, mereka disucikan dari segi rohani. 

Setelah tempayan itu dipenuhkan, Yesus mengarahkan pelayan itu untuk mengambil sedikit air itu dan hidangkannya kepada ketua majlis. Ketua majlis itu mengecap air yang sudah berubah menjadi wain, malahan wain yang —amat baik. Dia terkejut dengan tindakan ini lalu berkata selalunya wain yang terbaik dihidangkan terlebih dahulu, meninggalkan wain yang lebih murah untuk kemudian. Ini merupakan mukjizat pertama yang dilakukan oleh Yesus. Ini menunjukkan kuasa-Nya dan kemuliaan Tuhan, dan banyak orang mempercayai Yesus.

Pokoknya: Rahmat Tuhan
Kuantiti air yang ditukar menjadi wain oleh Yesus itu kira-kira 120 hingga 180 gelen, bergantung kepada saiz tempayan itu. Ini sama dengan 590 hingga 880 botol wain biasa sekarang ini. Kita tidak tahu betapa lama majlis perkahwinan itu sudah berlangsung, namun menukar sejumlah besar air kepada wain yang terbaik menunjukkan rahmat Tuhan kita. 

Dia merupakan Tuhan yang berkelimpahan, memberikan lebih daripada keperluan kita. Dia melimpahi kita dengan kasih sayang, peruntukan dan rahmat-Nya. Apa yang diberikan oleh Tuhan kepada kita tidak terukur. Sumber-Nya tidak terhad, kasih-Nya tidak bersyarat, dan kasih kurnia-Nya tidak terbatas. 

Tidak kira apa jua yang menjadi pergantungan kita untuk menghiburkan diri atau untuk “menyucikan” hati nurani kita, kini itu tidak diperlukan lagi kerana kasih Tuhan baik kita yang tidak terhad, tidak bersyarat, dan tidak terbatas. Pencurahan kasih kurnia dan belas kasihan daripada Allah yang luar biasa ini adalah lebih daripada cukup untuk menghapuskan dosa lepas, sekarang dan akan datang. Moga-moga kita sentiasa mengingati bahawa Tuhan kita melimpahi kita dengan lebih daripada apa yang kita perlukan.

Perihal Pelan

The Miracles of Jesus

Ketika Yesus berada di bumi, Dia melakukan lebih banyak mukzijat daripada yang diketahui kita. Dia menyembuhkan orang yang sakit, membangkitkan orang yang telah mati dan melakukan perkara luar biasa yang mengagumkan pemerhatinya. Dalam Pelan ini, kita akan meneliti lima mukzijat yang telah dilakukan oleh Yesus dan kebenaran yang dikutip daripadanya, yang dapat diterapkan dalam hidup kita.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.