Alkitab: DijelaskanSampel

Apakah langkah seterusnya?
Berikan diri anda tepukan ria kerana berjaya sampai ke hari ketujuh Pelan Alkitab ini! Sekarang, anda mungkin tertanya-tanya mengapa hal ini penting. Anda mungkin tertanya-tanya—apakah yang harus saya lakukan dengan Alkitab?
Jika anda hanya mencerap bahawa anda harus membaca Alkitab dengan lebih kerap, anda tidak memahaminya.
Kita tidak membaca Firman Tuhan sahaja; kita mengamalkannya dalam dunia Tuhan. Kita tidak membacanya untuk mendapatkan pengetahuan semata-mata.
Tonton video hari ini tentang tujuan Firman Tuhan dan kepentingan menyebarkannya dalam dunia-Nya.
… Tetapi ilmu pengetahuan boleh membuat orang angkuh manakala kasih membina hidup. Seseorang yang menyangka dirinya serba tahu, sebenarnya tidak mengetahui apa yang patut diketahui. Tetapi seseorang yang mengasihi Allah, dikenal oleh Allah. 1 Korintus 8:1-3 AVB
Semasa kita lebih memahami dan menghargai Firman Tuhan, moga-moga kita mengingati untuk menggunakannya secara rendah hati untuk membuat perubahan dalam dunia Tuhan. Semoga kita tidak menggunakan Alkitab untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sentiasa menggunakannya sebagai cara untuk menyingkapkan kasih Tuhan kepada orang di sekitar kita.
Apakah kepentingan Alkitab? Ia merupakan Firman Tuhan yang diilhami yang mengajar kita bagaimana menjalankan hidup. Ia membetulkan kita, mengubah kita, memperbaharui kita, melengkapi kita, menggalakkan kita, dan membantu kita mengenali Tuhan. Namun, ia terlalu penting untuk disimpan untuk diri sendiri.
Yesus memberikan kita perintah terakhir—yang dipanggil Amanat Agung—yang memberikan tujuan untuk hidup kita. Misinya untuk kita? Kongsi berita baik-Nya dengan dunia.
Berita baik harus dikongsi. Jika anda tidak menganggap Alkitab sebagai berita baik, anda akan menganggapnya sebagai berita lama, dan anda tidak berkongsi berita lama.
Jadi, apakah peranan anda dalam Amanat Agung? Bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada usaha menyebarkan Alkitab kepada semua orang?
Ketahui lebih lanjut tentang Alkitab dan bagaimana anda boleh memainkan peranan dalam misi menyebarkannya kepada semua orang.
Doa: Tuhan, terima kasih kerana Engkau menggunakan Firman-Mu untuk mendekati saya dan mengubah saya. Semoga saya menggunakannya dengan rendah hati untuk memuliakan-Mu. Hapuskan segala godaan untuk menggunakannya secara mementingkan diri, dan bantulah saya untuk berkongsi Firman-Mu dengan lebih kerap dalam dunia-Mu. Tuhan, saya berdoa agar lebih banyak orang mendengar berita baik-Mu. Berikan saya keberanian dan kesediaan untuk melaksanakan Amanat Agung.
Perihal Pelan

Alkitab merupakan salah satu buku yang paling berpengaruh sepanjang masa, tetapi kita boleh merasa bingung untuk memahaminya dan apa yang harus dilakukan dengannya. Kajian Alkitab selama 7 hari ini akan membantu anda menguraikan apa itu Alkitab, mengapa Alkitab itu penting, dan bagaimana anda dapat memahaminya hari ini. Kita juga akan mengetahui bagaimana menerapkan Firman Tuhan dalam dunia-Nya.
More
Pelan yang Berkaitan

Kotak Peralatan Hidup

Pada Krismas Ini Jangan Putus Asa, Pandanglah Ke Atas

Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada Yesus

Kuasa Harapan: 7 Hari Menuju ke Arah Berharap pada Tuhan

Mengingati Segala yang Allah Lakukan

Memulakan Hubungan dengan Yesus

Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete Briscoe
