Alkitab: DijelaskanSampel

Bagaimana Alkitab itu relevan, dan mengapa ia penting?
Walaupun Alkitab ditulis dalam konteks yang sangat berbeza daripada konteks kita, kata-kata dan prinsip-prinsip yang terkandung dalamnya tetap benar dan berguna pada hari ini sama seperti masa ia ditulis.
Bukan itu sahaja, banyak konsep yang kita lihat dalam budaya adalah berkaitan dengan amalan rohani dalam Alkitab. Tonton video ini untuk beberapa contoh bagaimana Alkitab masih mempengaruhi dunia kita sekarang ini dan juga mengetahui mengapa pengamalan Firman Tuhan membawa lebih banyak kebebasan kepada kita daripada hidup tanpanya.
Oleh itu, Alkitab memberikan kita batasan yang membebaskan kita dan kebenaran yang teruji masanya untuk kehidupan yang lebih baik. Fikirkan sejenak. Budaya mengatakan "Bersainglah! Bandingkanlah! Tidak mencukupi untuk semua orang! Aniaya mereka yang menganiayai kamu. Fikirkan tentang menjadi nombor satu."
Yesus berkata, “Ini mencukupi untuk semua. Doakan mereka yang menganiayamu. Ampuni mereka yang tidak layak menerimanya. Lakukan lebih daripada yang dijangkakan.”
Pada mulanya, ia seolah-olah memerlukan banyak usaha. Tidaklah mudah untuk hidup seperti Yesus, tetapi kehidupan ini memberikan kebebasan kepada kita.
Bayangkan melepaskan ketidakmaafan. Bayangkan melepaskan perbandingan dan mempercayai bahawa anda benar-benar dikenali dan diterima. Bayangkan dunia di mana setiap orang mengasihi dengan mendalam dan melayani dengan hebat. Itulah yang boleh berlaku apabila kita membaca dan mengamalkan Firman Tuhan. Ia mengubah hidup—bermula dengan kehidupan kita.
Firman Tuhan memperbaharui fikiran kita dan membantu kita menjadi seperti Kristus. Ia berkuasa untuk mendawaikan semula minda kita dan menggantikan pemikiran mementingkan diri dengan kehidupan yang mengutamakan orang lain.
Malah, Roma 12:2 memberitahu kita untuk memperbaharui pemikiran kita, dan ini akan berlaku apabila kita membaca Firman Tuhan. Kita membacanya bukan untuk berpengetahuan tetapi untuk diubah.
Sebenarnya, terdapat satu istilah yang berkaitan dengan Roma 12:2 dalam bidang sains otak yang disebut 'neurokeplastikan'. Pada dasarnya, ini bermaksud otak boleh berubah dan menerima mesej baru untuk menggantikan mesej yang sedia ada. Hal yang luar biasa ialah para saintis dan ahli psikologi mendapati bahawa membaca Alkitab sebenarnya boleh menggantikan perkaitan yang menyakitkan dengan yang positif, bahkan dalam beberapa kes menyembuhkan kecederaan otak traumatik.
Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana Alkitab boleh mendawaikan semula minda kita, tonton video Hearing the Healing daripada YouVersion..
Doa: Tuhan, terima kasih kerana Engkau menggunakan Firman-Mu untuk mengubah kami luar dalam. Perbaharui fikiran saya dengan kebenaran-Mu hari ini. Bantu saya menggantikan pemikiran duniawi ini dengan kebenaran daripada Firman-Mu. Tuhan, bantulah saya untuk menerapkan kebenaran-Mu dalam dunia ini dengan mengasihi orang lain sebagaimana Engkau mengasihi mereka. Terima kasih kerana memberikan kami Firman-Mu. Bantulah saya menjadi seperti Engkau.
Perihal Pelan

Alkitab merupakan salah satu buku yang paling berpengaruh sepanjang masa, tetapi kita boleh merasa bingung untuk memahaminya dan apa yang harus dilakukan dengannya. Kajian Alkitab selama 7 hari ini akan membantu anda menguraikan apa itu Alkitab, mengapa Alkitab itu penting, dan bagaimana anda dapat memahaminya hari ini. Kita juga akan mengetahui bagaimana menerapkan Firman Tuhan dalam dunia-Nya.
More
Pelan yang Berkaitan

Kotak Peralatan Hidup

Pada Krismas Ini Jangan Putus Asa, Pandanglah Ke Atas

Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada Yesus

Kuasa Harapan: 7 Hari Menuju ke Arah Berharap pada Tuhan

Mengingati Segala yang Allah Lakukan

Memulakan Hubungan dengan Yesus

Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete Briscoe
