Info Pelan

Siapakah Saya dalam KristusSampel

Who I Am In Christ

HARI 2 DARIPADA 10

Saya Anak Allah



Anak Allah tidak berusaha untuk memperoleh hidup, tetapi berusaha kerana ia hidup; ia tidak berusaha untuk diselamatkan tetapi berusaha kerana ia telah diselamatkan. — Charles Spurgeon



Setiap manusia yang hidup mempunyai seorang ibu dan ayah biologi. Sama ada kita pernah bertemu dengan mereka atau tidak, kita tetap mempunyai ibu bapa. Kita ialah anak mereka. Ada di antara kita yang mempunyai ibu bapa yang telah memilih kita, dan kita menjadi anak mereka melalui pengambilan anak angkat. 



Mengingati didikan anda semasa kecil mungkin membangkitkan kenangan yang indah dan tradisi yang dihargai. Bagi sesetengah orang, pengalaman anda membangkitkan fikiran yang negatif. Mungkin hubungan anda dengan ibu bapa duniawi anda memperkasakan pandangan anda tentang Allah secara positif, ataupun mencemarkan pandangan anda tentang kasih Allah untuk anda. 



Walau apa pun pandangan lalu anda tentang keluarga anda, Bapa syurgawi anda ingin sangat untuk memenuhi hidup anda dengan kasih dan kedamaian. Yohanes 1:12 menyatakan bahawa jika kita menerima Yesus dan percaya dalam nama-Nya, kita berhak menjadi anak Allah. Jadi, kita semua telah diambil menjadi anak angkat! Kita ialah anak Allah dan tidak ada apa-apa yang dapat mengubahnya. Kasih-Nya bagi kita dan komitmen-Nya pada kita adalah teguh biarpun kita terlalu banyak berdosa. Kerana Yesus, kasih Allah yang besar menyelimuti kita setiap hari. 



Oleh itu, apabila kita berhadapan dengan situasi yang membuat kita berasa benar-benar dikalahkan, kita harus mengingati bahawa kita ialah anak Allah yang terpilih. Apabila kita rasa tidak ada seorangpun yang mengasihi kita dan berasa benar-benar sendirian, kita harus mengingati bahawa kita ialah anak Allah yang terpilih. Apabila kita berasa diabaikan dan tidak dihiraukan, kita harus mengingati bahawa kita ialah anak Allah yang terpilih. Pencipta alam semesta, Akulah AKU, Allah yang Maha Berkuasa telah memilih anda. Anda ialah anak Allah!



Renungan




  • Dengan kata-kata sendiri, tuliskan maksud “Saya ialah anak Allah” kepada anda. 

  • Ulang “Saya ialah anak Allah” sepanjang hari anda — tetapkan pemasa dan ucapkannya setiap jam supaya kenyataan ini berakar umbi dalam diri anda atau tuliskannya atas sekeping kad dan meletakkannya di tempat yang anda boleh lihat selalu.

  • Fikirkan satu situasi yang pernah dihadapi atau akan hadapi, situasi yang dapat diterapkan kebenaran ini.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Who I Am In Christ

Siapakah anda? Soalan ini sering kali menerima balasan yang menyatakan sesuatu yang kita lakukan. Namun, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita—bukan apa yang kita lakukan, dan tentunya bukan a...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami