Info Pelan

Siapakah Saya dalam KristusSampel

Who I Am In Christ

HARI 10 DARIPADA 10

Hidup Sesuai dengan Nama Anda



Semakin anda menegaskan semula tentang siapa anda ini dalam Kristus, semakin tingkah laku anda akan mencerminkan identiti sebenar anda. - Neil T. Anderson



Lapan kebenaran tentang identiti kita dalam Kristus ini hanyalah permulaan mengetahui identiti sebenar kita dalam Kristus. Pencarian mudah melalui Internet tentang siapakah saya dalam Kristus akan memaparkan halaman artikel, video, audio siar, dan dokumen yang panjang berjela-jela. Kandungan daripada pelbagai sumber alkitabiah ini akan membawa kita lebih mendalam dalam pencarian kita untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang Allah katakan tentang siapa kita ini dan tentang sifat yang kita miliki sebagai anak-Nya.



Walau bagaimanapun, sekadar mengetahui maklumat yang baru adalah tidak mencukupi. Kita perlu menerapkannya dan menghayatinya supaya kita dapat mengamalkannya. Secara mudahnya ini bermaksud kita menyedari perkara yang kita percaya yang sebenarnya tidak tepat lalu menyampaikan kebenaran dalam minda kita. 



Pastor Craig Groeschel berkongsi mesej yang bertajuk Words to Live By. Dalam mesej ini, Pastor Craig berbicara tentang menggantikan bohong yang kita percayai dengan kebenaran daripada Alkitab. Demi berbuat demikian, Pastor Craig memberikan kita dua soalan yang harus diajukan kepada diri sendiri ketika kita memutuskan "perkataan yang dijadikan pegangan hidup" kita. Iaitu:




  1. Apakah fikiran negatif yang menguasai pemikiran anda?

  2. Apakah kebenaran rohani yang akan meruntuhkan kubu tersebut?


Proses pemikiran negatif yang menjadi pergelutan hidup kita merupakan kubu. Secara harfiahnya ini bermaksud fikiran tersebut berpaut kuat pada pemikiran kita. Namun, kita tidak perlu kekal demikian. Kita memiliki apa yang diperlukan untuk melawan apa sahaja yang mencuba untuk merampas identiti kita yang sah. 



Kita memiliki Firman Allah—Alkitab.  



Firman Allah hidup, aktif, dan lebih tajam daripada mana-mana pedang bermata dua. Firman Allah melihat pemikiran dan niat dalam hati kita. Firman Allah diilhami oleh Allah dan memberikan kita manfaat dari segi pembetulan, pengajaran, pendorongan. Firman Allah itu pelita yang memimpin kita, dan cahaya yang menerangi jalan kita. Firman Allah dapat disembunyikan dalam hati kita supaya kita tidak berdosa terhadap Allah. 



Marilah kita mula menerapkan kebenaran yang memberikan hidup daripada Alkitab supaya kita dapat beralih daripada menjadi mangsa kepada menjadi pemenang. Sudah tiba masanya untuk hidup sesuai dengan nama kita dan mengetahui siapa kita ini dalam Kristus. 



Renungan




  • Tuliskan lapan pernyataan yang benar daripada Pelan ini dan ucapkan dengan kuat setiap hari. 

  • Luangkan masa selama tiga hari yang akan datang untuk menyenaraikan fikiran negatif yang biasa dan bagaimana fikiran tersebut mempengaruhi kehidupan sehari-hari anda. Kemudian, gantikannya dengan salah satu daripada lapan pernyataan yang benar daripada Pelan ini.

  • Pada masa depan, mulakan setiap hari dengan mengucapkan kebenaran tentang siapa anda ini dalam Kristus dan perhatikan transformasi minda anda yang menimbulkan kegemparan.

Hari 9

Perihal Pelan

Who I Am In Christ

Siapakah anda? Soalan ini sering kali menerima balasan yang menyatakan sesuatu yang kita lakukan. Namun, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita—bukan apa yang kita lakukan, dan tentunya bukan a...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami