Info Pelan

Siapakah Saya dalam KristusSampel

Who I Am In Christ

HARI 6 DARIPADA 10

Saya Adalah Lebih Daripada Penakluk



Allah mencari orang yang dapat melakukan hal yang mustahil bersama dengan-Nya — sayang sekali kita hanya merancang perkara yang kita dapat lakukan sendiri. — AW Tozer



Seseorang penakluk merupakan seseorang yang menang atau mengatasi sesuatu. Dalam Kristus, kita bukan sekadar penakluk malah lebih daripada penakluk. Maksudnya kita mampu bertahan dan mengatasi apa sahaja melalui kuasa Allah yang luar biasa yang ada dalam kita. Kita perlu menerimanya dan berjalan dengan beriman sehingga kita melihat hal ini menjadi realiti kita. 



Anda mungkin tertanya-tanya, “Apakah yang perlu saya takluk?” Banyak hal. Kita mengatasi: 



Diri kita sendiri

Keinginan manusiawi kita menginginkan perkara yang bertentangan dengan hal yang terbaik bagi kita yang telah disediakan oleh Allah. Galatia 5:17 memberitahu kita bahawa keinginan kita dan keinginan roh sentiasa bertentangan. Namun, sering kali kita mengalah kepada keinginan daging kita. Pada waktu inilah kita perlu memutuskan siapa yang akan menang: kita atau Allah. 



Serangan

Kita bukan sahaja memiliki aspirasi manusiawi yang memikat kita menjauhi rancangan utama Allah, malah kita mempunyai musuh rohani juga. Musuh ini membenci kita dan melepaskan anak panah keraguan, kekecewaan, ketakutan, kemarahan, dan kebencian ke arah kita dengan harapan salah satu daripadanya akan mengenai kita. Kita harus berwaspada, bersedia untuk hidup dalam kemenangan oleh kuasa Allah yang kuat. 



Kita harus memahami bahawa kuasa yang sangat besar tersedia bagi kita bila-bila masalah atau kesukaran melanda. 



Cabaran kerjaya yang sedang anda hadapi? Kita adalah lebih daripada penakluk.

Masalah hubungan yang membelengggu kita? Kita adalah lebih daripada penakluk.

Masalah fizikal yang menyebabkan kesakitan? Kita adalah lebih daripada penakluk.

Tekanan kewangan yang merisaukan kita? Kita adalah lebih daripada penakluk.

Beban mental yang sedang ditanggung? Kita adalah lebih daripada penakluk.



Apabila kita berhadapan dengan apa-apa cabaran, kita bukan sahaja memiliki kuasa Kristus untuk menakluk dan mengalahkannya—kita memiliki kuasa untuk menundukkan, menghancurkan, dan menggulingkannya. Masalah kita tidak mempunyai harapan, kerana kuasa-Nya yang amat besar menjadikan kita lebih daripada penakluk



Renungan




  • Dengan kata-kata anda sendiri, tuliskan maksud “Saya adalah lebih daripada penakluk” bagi anda. 

  • Ulang “Saya adalah lebih daripada penakluk” sepanjang hari anda — tetapkan pemasa dan ucapkannya setiap jam supaya kebenaran ini berakar umbi dalam anda. Tuliskannya atas sekeping kad dan meletakkannya di tempat yang kerap dipandang.

  • Fikirkan satu situasi yang pernah dihadapi atau akan dihadapi, situasi yang dapat menerapkan kebenaran ini.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Who I Am In Christ

Siapakah anda? Soalan ini sering kali menerima balasan yang menyatakan sesuatu yang kita lakukan. Namun, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita—bukan apa yang kita lakukan, dan tentunya bukan a...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami