Info Pelan

Siapakah Saya dalam KristusSampel

Who I Am In Christ

HARI 7 DARIPADA 10

Saya Selamat Daripada Si Jahat



Saya percaya serangan ke atas hidup anda lebih berkaitan dengan siapa anda pada masa hadapan berbanding dengan siapa anda pada masa lalu. — Lisa Bevere


Ada kalanya kita semua rasa tersekat. Tersekat dalam kitaran kekecewaan dan kehampaan. Sering kali, kita meneruskan pola toksik yang sama, membuat keputusan salah yang sama, yang membawa kepada akibat malang yang sama. 



Tahukah anda bahawa musuh rohani kita menyukai hal ini? Dia pastinya berharap bahawa kita akan kekal di tempat yang sama, bukan sahaja berjauhan daripada Allah tetapi meragui kebaikan Allah kita. 



Alkitab memanggil iblis bapa segala dusta. Dia tidak dipanggil bapa penceraian atau kebencian atau ketakutan. Dia ialah bapa segala dusta. Dia tidak dapat tidak berbohong kerana itu merupakan bahasa ibundanya. Langsung tiada kebenaran yang keluar daripadanya atau mana-mana roh jahat yang diutusnya untuk tugas mengganggu. Walau bagaimanapun, jangan biarkan ini menakutkan anda. Kerana…



Roh yang ada pada kamu lebih berkuasa daripada roh yang ada pada orang milik dunia ini.



Biarlah pernyataan ini meresap ke dalam otak anda. 



Allah alam semesta diam dalam anda sebagai pengikut Kristus, dan Dia adalah lebih berkuasa daripada musuh rohani kita. Ya, musuh kita berusaha untuk menghuru-harakan kehidupan kita. Ya, dia ingin menghalang kita daripada mengikuti Allah. Ya, dia ingin membuatkan kita patah semangat supaya kita hidup dengan rasa malu. 



Tetapi dia tidak memberikan kata putus. Allah memberikannya. 



Ini tidak bermaksud iblis tidak akan datang semula untuk meyakinkan anda untuk hidup demi diri sendiri. Dia akan kembali. Maksudnya ialah dia tidak lagi membelenggu anda. Semakin banyak masa yang anda luangkan dalam kebenaran Allah melalui halaman Alkitab, semakin anda akan melihat iblis yang sebenarnya—pengacau tidak berpada yang boleh dihalau dengan Firman Allah yang suci.



Iblis ingin menimbulkan ketakutan dalam diri anda dan membuat anda rasa tidak selamat. Perkara ini sama sekali tidak benar. Disebabkan apa yang telah dilakukan oleh Allah dan akan terus lakukan dalam hidup anda, anda selamat daripada si jahat. Berpeganglah pada kebenaran itu.



Renungan




  • Dengan kata-kata anda sendiri, tuliskan maksud “Saya selamat daripada si jahat” bagi anda. 

  • Ulang “Saya selamat daripada si jahat” sepanjang hari anda — tetapkan pemasa dan ucapkannya setiap jam supaya kebenaran ini berakar umbi dalam anda. Tuliskannya atas sekeping kad dan meletakkannya di tempat yang kerap dipandang.

  • Fikirkan situasi yang pernah dihadapi atau akan dihadapi, situasi yang dapat menerapkan kebenaran ini.

Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Who I Am In Christ

Siapakah anda? Soalan ini sering kali menerima balasan yang menyatakan sesuatu yang kita lakukan. Namun, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita—bukan apa yang kita lakukan, dan tentunya bukan a...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami