Info Pelan

Siapakah Saya dalam KristusSampel

Who I Am In Christ

HARI 1 DARIPADA 10

Ketahui Siapa Diri Anda



Terpengaruh dengan apa yang difikirkan oleh orang lain tentang anda adalah cara terpantas untuk melupakan apa yang Tuhan fikirkan tentang anda. — Craig Groeschel



Siapakah anda? 



Apabila seseorang menanyai kita soalan itu, perkara pertama yang biasanya kita sebutkan ialah salah satu tugas atau peranan yang kita lakukan setiap hari.
Saya seorang doktor. Saya seorang suri rumah. Saya seorang ahli bomba. Saya seorang penulis. Walau bagaimanapun, itu sebenarnya bukan siapa kita; itu ialah apa yang kita lakukan.



Memang difahami bahawa respons kita adalah untuk memberitahu seseorang apa yang kita lakukan. Ini sesuatu yang normal seperti bernafas kerana apa yang kita lakukan, dilakukan setiap hari. Sama ada kita menyukai apa yang kita lakukan atau tidak, itu tidak boleh menjadi apa yang mendefinisikan kita. Jika demikian, kita akan menyalahletakkan identiti kita kerana pekerjaan dan peranan kita akan berubah sepanjang hidup kita. Dengan identiti yang salah letak, kita akan menjalani kehidupan yang kekurangan kepuasan dan sentiasa mengejar penerimaan.



Sebagai pengikut Kristus, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita, bukan apa yang dikatakan oleh orang lain tentang kita. Namun, setiap hari kita mempercayai perkara tentang diri kita yang tidak benar. Perkara yang tidak benar ini tidak selari dengan Kebenaran tentang kita menurut Alkitab. Bukan sahaja mudah untuk mengandaikan identiti kita berdasarkan apa yang kita lakukan, malah—sering kali, kita dilabelkan oleh orang di sekeliling kita:



Orang yang selalu gagal

Orang yang mudah putus asa

Penagih alkohol

Penipu

Pemalas

Gila kerja

Bukan sesiapa pun



Perkataan tersebut, orang tersebut, dan gambaran tersebut bukanlah siapa kita ini. Jika anda tidak pernah memahami identiti sebenar anda sebagai seorang Kristian, Pelan Alkitab ini akan membantu anda untuk memulakan perjalanan seumur hidup ini untuk mengenali diri anda yang sebenar.  Tuhan memanggil anda:



Anak-Nya

Yang Diampuni

Karya Agung-Nya

Baru dalam Kristus

Lebih daripada Pemenang

Selamat daripada si Jahat

Warga Syurga



Sepanjang sembilan hari dalam Pelan ini, kita akan belajar lebih lanjut lagi tentang siapa kita ini dalam Kristus. Mengetahui siapa kita sebagai pengikut Kristus adalah penting dalam perjalanan kita bersama dengan Yesus. Apabila kita mengetahui siapa kita ini, kita akan mengetahui apa yang harus dilakukan.



Renungan




  • Apakah peranan atau label yang telah diberikan kepada anda yang anda gemari? (seperti bapa, guru, sahabat, cantik, cerdas.)

  • Adakah label atau peranan yang negatif yang telah mengikuti anda sebahagian besar daripada hidup anda? Siapakah yang memberikannya kepada anda—orang lain atau anda sendiri?

Hari 2

Perihal Pelan

Who I Am In Christ

Siapakah anda? Soalan ini sering kali menerima balasan yang menyatakan sesuatu yang kita lakukan. Namun, identiti kita datang daripada apa yang Tuhan katakan tentang kita—bukan apa yang kita lakukan, dan tentunya bukan a...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami