YouVersion Logo
Search Icon

MATIUS 17:22, 23, 24, 25, 26, 27

MATIUS 17:22 ABBDK96

Apabila semua pengikut Yesus berkumpul di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia.

MATIUS 17:23 ABBDK96

Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula.” Oleh itu pengikut-pengikut-Nya berdukacita.

MATIUS 17:24 ABBDK96

Apabila Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di Kapernaum, para pemungut cukai Rumah Tuhan datang kepada Petrus dan bertanya, “Adakah guru kamu membayar cukai Rumah Tuhan?”

MATIUS 17:25 ABBDK96

Petrus menjawab, “Tentu sahaja!” Apabila Petrus masuk ke dalam rumah, dan sebelum dia berkata apa-apa, Yesus berkata kepadanya, “Simon, apa pendapatmu? Siapakah yang membayar cukai kepada raja-raja dunia ini? Rakyat atau orang asing?”

MATIUS 17:26 ABBDK96

“Orang asing,” jawab Petrus. “Jika demikian,” kata Yesus, “rakyat tidak perlu membayar.

MATIUS 17:27 ABBDK96

Tetapi janganlah kita singgung perasaan sesiapa pun. Pergilah ke tasik dan pancinglah ikan. Di dalam mulut ikan pertama yang engkau tangkap, engkau akan mendapati sekeping duit syiling yang cukup untuk membayar cukai Rumah Tuhan bagi kita berdua. Ambillah duit itu dan bayarlah cukai kita.”

Free Reading Plans and Devotionals related to MATIUS 17:22, 23, 24, 25, 26, 27