1
Roma 14:17-18
Alkitab Versi Borneo
AVB
Kerajaan Allah bukanlah soal makan minum, tetapi soal perbenaran dan kesejahteraan serta kegembiraan dalam Roh Kudus. Orang yang mengabdikan diri kepada Kristus dengan cara ini akan diredai Allah dan disukai manusia.
مقایسه
Roma 14:17-18 را جستجو کنید
2
Roma 14:8
Jika kita hidup, kita hidup bagi Tuhan; dan jika kita mati, kita mati bagi Tuhan. Oleh itu, baik kita hidup mahupun mati, kita ialah milik Tuhan.
Roma 14:8 را جستجو کنید
3
Roma 14:19
Oleh itu, marilah kita mengejar hal-hal yang membawa kesejahteraan dan yang membina kebaikan sesama sendiri.
Roma 14:19 را جستجو کنید
4
Roma 14:13
Oleh itu, janganlah lagi kita menghakimi sesama sendiri. Sebaliknya bertekadlah tidak akan membuat saudaramu tersandung atau terjatuh.
Roma 14:13 را جستجو کنید
5
Roma 14:11-12
Kerana telah tersurat: “Demi Aku yang hidup.” Tuhan berfirman, “Setiap orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku; dan setiap lidah akan mengaku kepada Allah.” Nyatalah bahawa setiap orang daripada kita akan dipertanggungjawabkan memberi pernyataan tentang dirinya kepada Allah.
Roma 14:11-12 را جستجو کنید
6
Roma 14:1
Terimalah orang yang lemah imannya, tanpa menghakimi hal-hal yang boleh dipertikaikan.
Roma 14:1 را جستجو کنید
7
Roma 14:4
Siapakah kamu maka berani menghakimi hamba orang lain? Sama ada dia tetap berdiri atau jatuh, terpulanglah kepada tuannya. Malah dia akan tetap berdiri kerana Tuhan berkuasa membuatnya tetap berdiri.
Roma 14:4 را جستجو کنید