1
Matius 9:37-38
Alkitab Versi Borneo
AVB
Kata Yesus kepada murid-murid-Nya, “Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Tuan yang empunya tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk menuai.”
مقایسه
Matius 9:37-38 را جستجو کنید
2
Matius 9:13
Kajilah erti ayat ini: ‘Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban sembelihan.’ Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa.”
Matius 9:13 را جستجو کنید
3
Matius 9:36
Apabila Yesus melihat orang yang ramai itu, Dia berbelas kasih terhadap mereka kerana mereka bimbang dan tidak berdaya, ibarat sekawan domba tanpa gembala.
Matius 9:36 را جستجو کنید
4
Matius 9:12
Yesus terdengar pertanyaan itu lalu menjawab, “Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat.
Matius 9:12 را جستجو کنید
5
Matius 9:35
Demikianlah Yesus berjalan, dari bandar ke bandar, dari pekan ke pekan. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan Injil tentang kerajaan Allah, serta menyembuhkan semua penyakit dan kesakitan.
Matius 9:35 را جستجو کنید