1
Kejadian 50:20
Alkitab Versi Borneo
AVB
Memang dahulu kamu berniat melakukan kejahatan terhadapku, tetapi Allah memaksudkan perbuatan kamu untuk tujuan yang baik sehingga wujud apa yang terjadi sehingga hari ini, iaitu dengan terpeliharanya kelangsungan hidup ramai manusia.
مقایسه
Kejadian 50:20 را جستجو کنید
2
Kejadian 50:19
Tetapi kata Yusuf kepada mereka, “Jangan takut. Adakah diri aku ini Allah?
Kejadian 50:19 را جستجو کنید
3
Kejadian 50:21
Jadi, janganlah takut, aku akan menyediakan dan memenuhi keperluan hidupmu dan para anakmu.” Demikianlah Yusuf menenangkan hati mereka dengan kebaikan kata-katanya.
Kejadian 50:21 را جستجو کنید
4
Kejadian 50:17
‘Beginilah harus kamu katakan kepada Yusuf: Ampunilah segala kesalahan dan dosa para saudaramu yang pernah berbuat jahat terhadapmu.’ Jadi, sekarang ampunkanlah kesalahan hamba-hamba Allah ayahmu.” Ketika Yusuf mendengar pesan itu, dia pun menangis.
Kejadian 50:17 را جستجو کنید
5
Kejadian 50:24
Maka berkatalah Yusuf kepada para saudaranya, “Ajalku hampir tiba, tetapi Allah pasti akan mendatangi kamu dan membawa kamu keluar dari negeri ini ke negeri yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah kepada Abraham, Ishak, dan Yakub.”
Kejadian 50:24 را جستجو کنید
6
Kejadian 50:25
Kemudian Yusuf menyuruh orang Israel bersumpah, “Allah pasti akan mendatangi kamu. Pada waktu itu, kamu harus membawa tulang-tulangku dari sini.”
Kejadian 50:25 را جستجو کنید
7
Kejadian 50:26
Lalu wafatlah Yusuf ketika berusia seratus sepuluh tahun. Jenazahnya diawetkan dan ditempatkan dalam sebuah keranda di Mesir.
Kejadian 50:26 را جستجو کنید