1
2 Korintus 4:18
Alkitab Versi Borneo
AVB
Kami tidak mementingkan hal-hal yang kelihatan, tetapi hal-hal yang tidak kelihatan; kerana yang kelihatan itu cuma sedetik, manakala yang tidak kelihatan itu kekal.
مقایسه
2 Korintus 4:18 را جستجو کنید
2
2 Korintus 4:16-17
Dengan demikian, kami tidak tawar hati. Walaupun manusia lahiriah kami kian merosot, namun manusia batiniah kami diperbaharu setiap hari. Kesusahan yang ringan dan hanya sedetik ini membawa bagi kami kemuliaan yang kekal tanpa bandingan.
2 Korintus 4:16-17 را جستجو کنید
3
2 Korintus 4:8-9
Dalam segala hal kami dihimpit, tetapi tidak hancur. Kami bingung, tetapi tidak putus asa. Kami dianiaya, tetapi tidak ditinggalkan. Kami dijatuhkan, tetapi tidak dimusnahkan.
2 Korintus 4:8-9 را جستجو کنید
4
2 Korintus 4:7
Tetapi kami memiliki harta yang ada dalam bejana tanah liat supaya jelaslah bahawa kuasa yang melebihi segala-galanya berasal daripada Allah, bukan daripada diri sendiri.
2 Korintus 4:7 را جستجو کنید
5
2 Korintus 4:4
Fikiran orang yang tidak beriman itu telah dibutakan oleh tuhan pujaan dunia, maka mereka tidak dapat melihat cahaya Injil tentang kemuliaan Kristus yang merupakan gambaran Allah.
2 Korintus 4:4 را جستجو کنید
6
2 Korintus 4:6
Allah telah berfirman, “Hendaklah cahaya bersinar dari dalam gelap.” Allah juga yang telah membuat cahaya itu bersinar dalam hati kita, sehingga kita mendapat pengetahuan tentang kemuliaan Allah di wajah Yesus Kristus.
2 Korintus 4:6 را جستجو کنید