YouVersion Logo
Search Icon

MAZMUR 55

55
Doa Orang yang Dikhianati oleh Sahabat
1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud.
2Ya Allah, dengarlah doaku;
jangan berpaling daripada rayuanku.
3Dengarlah aku dan jawablah aku;
aku lemah kerana kerunsinganku.
4Aku cemas kerana ancaman musuhku,
dan remuk kerana orang jahat menindas aku.
Mereka menyusahkan aku;
mereka marah kepadaku dan membenci aku.
5Aku sangat ketakutan,
ngeri akan dahsyatnya kematian.
6Aku diliputi ketakutan dan kegentaran,
dan dicengkam oleh perasaan seram.
7Sekiranya aku bersayap seperti burung merpati,
aku akan terbang mencari tempat yang tenang.
8Aku akan terbang jauh sekali;
padang gurun akan kudiami.
9Aku akan bergegas mencari tempat berlindung
terhadap ribut dan angin kencang.
10Kelirukanlah percakapan musuhku, ya Tuhan,
kerana di kota aku nampak orang merusuh dan melakukan keganasan.
11Siang malam mereka mengelilingi kota,
melakukan kekacauan dan jenayah.
12Di merata tempat berlaku pemusnahan;
jalan-jalan penuh dengan penindasan dan penipuan.
13Andaikata musuh mempermainkan aku,
aku dapat menanggungnya;
andaikata seorang lawan menghina aku,
aku pun dapat bersembunyi daripadanya.
14Tetapi engkau ini, temanku,
rakanku serta sahabat karibku.
15Kita pernah berbual dengan mesra,
dan beribadat bersama-sama di Rumah TUHAN.
16Biarlah dengan mendadak musuhku mati,
dan turun hidup-hidup ke dunia orang mati,
kerana kejahatan memenuhi rumah mereka,
dan menguasai hati mereka.
17Tetapi aku berseru kepada TUHAN Allah untuk menolong aku,
dan Dia akan menyelamatkan aku.
18Keluhanku dan tangisanku
naik ke hadirat-Nya pada petang, pagi, dan tengah hari,
dan Dia akan mendengar suaraku.
19Dia akan membawa aku pulang dengan selamat
setelah aku berperang melawan musuh yang banyak sangat.
20Allah yang memerintah selama-lamanya,
akan mendengar aku dan mengalahkan musuhku,
kerana mereka tidak mahu berubah hati,
dan tidak takut kepada Allah.
21Bekas temanku menyerang kawan-kawannya;
dia mengingkari janjinya.
22Kata-katanya halus merayu,
tetapi hatinya penuh kebencian;
kata-katanya lemah-lembut,
tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.
23Serahkanlah kekhuatiranmu kepada TUHAN,
maka Dia akan membela kamu;
Dia tidak akan membiarkan orang jujur dikalahkan.
24Tetapi Engkau, ya Allah,
akan membinasakan pendusta dan pembunuh
sebelum mereka mencapai separuh usia.
Tetapi bagiku, aku akan percaya kepada-Mu.

Currently Selected:

MAZMUR 55: BM

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy