KEBIJAKSANAAN SALOMO 1
1
Carilah Kebenaran
1Cintailah keadilan, hai para penguasa bumi! Arahkanlah fikiranmu dengan ikhlas kepada Tuhan dan carilah Dia dengan tulus hati. #Keb 6.1-11 2Orang yang tidak mencubai Tuhan akan menemui-Nya. Dia menampakkan diri kepada mereka yang menaruh kepercayaan kepada-Nya. 3Fikiran yang tidak lurus menjauhkan orang daripada Allah. Orang yang bodoh sehingga mencubai Dia akan dipermalukan oleh kekuasaan-Nya. 4Kebijaksanaan tidak terdapat pada orang yang suka menipu atau dikuasai dosa. 5Orang yang suci dan terdidik menjauhkan tipu daya dan fikiran bodoh. Dia tidak tahan apabila kejahatan muncul.
Allah Tahu akan Apa yang Kita Katakan
6Kebijaksanaan ialah roh yang murah hati, tetapi ia tidak mengampuni orang yang mengutuk Allah, oleh sebab Allah tahu akan fikiran dan perasaannya yang paling dalam dan mendengar semua perkataannya. 7Roh Tuhan memenuhi seluruh bumi. Dia menguasai segala-galanya dan mengetahui semua perkataan manusia. 8Orang yang bercakap jahat tidak akan terlepas; suatu ketika dia akan menerima hukuman yang setimpal. 9Rancangan orang jahat akan diselidiki dan perkataan mereka disampaikan kepada Tuhan, supaya mereka dihukum kerana pelanggaran mereka. 10Hal itu demikian, kerana Allah yang cemburu mendengar segala sesuatu, malahan sungutan orang pun tidak tersembunyi. 11Jadi waspadalah, jangan bersungut-sungut kerana hal itu tidak ada gunanya. Jangan juga memfitnah oleh sebab percakapan rahsia mesti ada akibatnya dan engkau akan binasa kerana berdusta.
Allah Tidak Mencipta Maut
12Jangan datangkan maut kerana kesalahanmu sendiri dan jangan binasakan diri kerana perbuatan jahat, 13oleh sebab maut bukan ciptaan Allah, dan Dia tidak gembira kalau yang hidup binasa. #Yeh 18.32, 33.11; 2 Ptr 3.9 14Dia menjadikan segalanya supaya tetap ada; semua ciptaan-Nya baik dan berguna. Racun yang mematikan tidak ada pada mereka; maut tidak berkuasa di dunia ini, 15oleh sebab kebaikan itu kekal abadi. 16Dengan perbuatan dan perkataan, orang jahat mendatangkan maut atas diri mereka. Mereka merindukannya seperti merindui sahabat. Mereka mengadakan perjanjian dengan maut, dan itulah yang patut diterima mereka. #Ams 8.36; Yes 28.15; Sir 14.12
Currently Selected:
KEBIJAKSANAAN SALOMO 1: BMDC
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.