TOBIT 4
4
Nasihat Tobit kepada Tobias
1Pada hari itu juga Tobit teringat akan wang yang diamanahkannya pada Gabael di Ragai, di negeri Media. 2Katanya dalam hati, “Aku sudah minta kepada Tuhan supaya aku mati saja. Baiklah kupanggil anakku Tobias dan kuceritakan kepadanya tentang wang itu sebelum aku mati.”
3-4Lalu Tobit memanggil Tobias dan berkata, “Nak, sesudah aku mati, kuburkanlah aku dengan semestinya. Hormatilah ibumu dan peliharalah dia selama hidupnya. Sesudah dia meninggal, kuburkanlah dia di sampingku. Ingatlah bahawa dia mempertaruhkan nyawanya pada masa mengandung dan melahirkan engkau. Oleh itu berusahalah untuk selalu menyenangkan hati ibumu, dan jangan kaususahkan dia dengan kelakuanmu.
5Nak, ingatlah kepada Tuhan, Allahmu selama hidupmu. Jangan berdosa dan jangan langgar perintah-perintah-Nya. Lakukanlah selalu apa yang baik dan benar, dan jangan libatkan dirimu dalam kejahatan, 6kerana orang yang melakukan yang benar akan berhasil dalam segala usaha mereka.
7Berilah sedekah dengan murah hati kepada sesiapa yang setia mentaati Allah.#Ayat-ayat 7b–19b tidak ada dalam terjemahan Yunani yang pada umumnya diikuti oleh terjemahan ini, dan diambil daripada naskhah-naskhah Yunani lainnya. Jangan menyesal apabila memberi sedekah. Jika engkau tak memperhatikan orang miskin, Allah pun tak akan memperhatikan engkau. #Ul 15.7-8; Ams 19.17; Sir 3.30—4.6; Yoh 3.17 8Berilah sedekah menurut kemampuanmu. Semakin banyak milikmu, semakin banyak pula yang harus kauberikan sebagai sedekah. Tapi, walaupun rezekimu sedikit, jangan takut untuk memberi, 9oleh sebab dengan memberi engkau menabung harta yang berharga bagi masa kesulitan. 10-11Memang berbuat baik kepada orang miskin adalah korban yang diperkenankan Allah Yang Maha Tinggi. Lakukanlah hal itu, maka engkau akan terlepas daripada kegelapan maut.
12Nak, jagalah dirimu terhadap pelacur-pelacur. Yang penting, engkau harus mengambil isteri daripada suku kita sendiri, oleh sebab kita ini keturunan nabi-nabi. Jangan peristeri orang yang bukan daripada suku kita. Ingatlah bahawa leluhur kita Nuh, Abraham, Ishak dan Yakub, semuanya berkahwin dengan sanak saudara mereka. Maka Allah memberkati mereka sehingga anak mereka banyak dan keturunan mereka mewarisi tanah Israel. 13Oleh itu cintailah sanak saudaramu. Jangan terlalu sombong untuk mengambil seorang gadis di kalangan mereka untuk menjadi isterimu. Kebongkakan membawa kekecewaan besar dan kebinasaan, seperti juga kemalasan mengakibatkan kemiskinan dan kelaparan.
14Bayarlah upah buruhmu setiap hari, dan jangan tahan wang itu sampai keesokan harinya. Jika engkau menghormati Allah, Dia akan mengganjari engkau. Nak, jagalah tingkah lakumu setiap waktu. Bertindaklah selalu seperti orang yang terdidik. 15Apa yang engkau sendiri tidak suka, jangan engkau lakukan terhadap orang lain.
Jangan minum wain terlalu banyak dan jangan biasakan dirimu menjadi mabuk. #Mat 7.12; Luk 6.31
16Daripada makananmu, berilah kepada orang yang lapar, dan daripada pakaianmu, berilah kepada orang yang miskin. Apa yang berlebihan padamu berikanlah sebagai sedekah. Apabila engkau memberi sedekah, berilah dengan ikhlas dan murah hati.
17Apabila seorang salih meninggal, sajikanlah makanan yang berlimpah-limpah bagi keluarganya,#sajikanlah...keluarganya; atau sajikanlah makanan di atas kuburnya. tetapi jangan berbuat begitu bagi orang yang berdosa. #Ul 26.14
18Mintalah nasihat setiap orang bijaksana, dan jangan remehkan nasihat yang berguna.
19Pujilah Tuhan, Allahmu setiap waktu. Mohonlah kepada-Nya agar Dia mengarahkan hidupmu, dan supaya semua rancanganmu dan perbuatanmu berhasil. Di kalangan bangsa-bangsa lain tak ada yang menerima nasihat Allah. Dialah sumber segala nasihat yang baik. Tapi kalau Dia mahu, Dia dapat juga menurunkan orang ke alam maut. Ingatlah baik-baik semua petunjukku; jangan sampai ada yang kaulupakan.
20Sekarang aku ingin menyampaikan kepadamu bahawa dulu aku menitipkan sejumlah besar wang pada Gabael anak Gabria di kota Ragai, di negeri Media. 21Kita sekarang sudah jatuh miskin, tapi engkau tak perlu khuatir. Jika engkau taat kepada Allah, menjauhi segala dosa dan melakukan apa yang diperkenankan Tuhan, Allahmu, maka engkau akan mendapat harta banyak.” #1 Tim 6.6-8
Currently Selected:
TOBIT 4: BMDC
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.