TOBIT 12
12
Malaikat Rafael
1Sesudah pesta perkahwinan itu selesai, Tobit memanggil Tobias anaknya dan berkata kepadanya, “Nak, jangan lupa memberi upah kepada orang yang telah menghantar engkau, dan juga wang tambahan.”
2Jawab Tobias, “Berapa yang harus saya berikan? Saya tak rugi sedikit pun kalau memberi dia separuh daripada segalanya yang telah saya bawa. 3Dia sudah menghantar saya pulang dengan selamat dan membebaskan isteri saya daripada syaitan. Dia pula yang membawa wang itu pulang bersama saya dan akhirnya dia menyembuhkan ayah. Jadi berapakah banyaknya upah yang mesti saya berikan kepadanya?”
4Jawab Tobit, “Berilah dia separuh daripada segalanya yang telah kaubawa pulang dengan pertolongannya. Upah itu berpatutan baginya.”
5Lalu Tobias memanggil Rafael dan berkata kepadanya, “Terimalah sebagai upahmu separuh daripada segalanya yang kita bawa. Lalu engkau boleh pergi dengan selamat.”
6Tetapi Rafael memanggil Tobit dan Tobias berdua sahaja, dan berkata kepada mereka, “Pujilah Allah, dan ceritakanlah segala kebaikan yang telah dilakukan-Nya bagimu kepada semua orang, supaya mereka pun memuji dan memuliakan-Nya. Beritakanlah perbuatan Allah sebagaimana layaknya kepada semua orang. Pujilah Dia dengan tiada henti-hentinya.
7Memang baik menyimpan rahsia raja, tetapi perbuatan Allah harus diberitakan dan dipuji.
Lakukanlah yang baik, maka kamu tidak akan ditimpa malapetaka.
8Lebih baik berdoa dengan hati yang tulus dan memberi sedekah dengan ikhlas daripada memiliki harta yang banyak dengan cara yang tidak lurus. Lebih baik memberi sedekah daripada mengumpulkan emas. #Sir 29.8-13 9Orang yang suka memberi sedekah dibebaskan daripada maut dan dihapuskan semua dosanya. Dia akan mendapat umur panjang. #Ams 11.4; Dan 4.27; Sir 3.30 10Sebaliknya, orang yang jahat dan berdosa memusuhi dirinya sendiri.
11Tadi saya katakan bahawa rahsia raja harus disimpan, tetapi perbuatan Allah harus diumumkan kepada semua orang. Sekarang saya katakan yang sebenarnya kepadamu dan tidak saya rahsiakan apa-apa. 12Tobit, waktu engkau dan Sara memanjatkan doa kepada Tuhan, akulah yang membawa doa itu kepada hadirat-Nya yang mulia. Setiap kali engkau menguburkan orang mati, aku jugalah yang menyampaikan perbuatan baik itu kepada Tuhan. #Ayb 33.23-24; Kis 10.4; Why 8.3-4 13Ketika engkau bangkit dari meja tanpa menyentuh makanan sedikit pun untuk menguburkan mayat itu, aku diutus Allah untuk mencubai engkau. 14Begitu juga aku diutus-Nya untuk menyembuhkan engkau dan membebaskan Sara menantumu daripada kesusahannya. 15Aku ini Rafael, satu daripada tujuh malaikat yang berdiri di hadapan Tuhan Yang Agung, siap untuk melayani-Nya.” #Za 4.10; Luk 1.19; Why 8.2
16Lalu Tobit dan Tobias sujud di tanah dan gementar ketakutan. 17Tetapi Rafael berkata kepada mereka, “Jangan takut! Damai sejahtera bagi kamu! Pujilah Allah selama-lamanya, 18oleh sebab aku datang untuk menolong kamu atas kehendak Allah dan bukan kerana kerelaan aku sendiri. Maka nyanyikanlah pujian bagi Tuhan seumur hidup kamu. 19Waktu kamu menyangka kamu melihat aku makan, aku sebetulnya tidak makan, hanya rupanya saja begitu. 20Pujilah Allah selama hidup kamu di bumi ini, dan bersyukurlah kepada-Nya. Sekarang aku kembali kepada-Nya yang mengutus aku. Tulislah semuanya yang sudah kamu alami itu.”
Lalu Rafael naik ke langit. 21Ketika Tobit dan Tobias bangkit, mereka tidak dapat melihatnya lagi. 22Lalu mereka menyanyikan lagu pujian bagi Allah dan bersyukur kepada-Nya kerana Dia telah melakukan perbuatan-perbuatan besar, oleh sebab malaikat Allah sudah menampakkan diri kepada mereka.
Currently Selected:
TOBIT 12: BMDC
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.