YouVersion Logo
Search Icon

SIRAKH 45

45
Musa
1Daripada keturunan Yakub, Tuhan membangkitkan seorang salih yang menjadi kesayangan setiap orang. Dia dikasihi Allah mahupun manusia. Orang itu Musa, dan dia dikenang dengan puji-pujian. 2Tuhan membuat dia seagung malaikat, dan dia ditakuti oleh musuh-musuhnya. 3Dengan perintahnya, berhentilah bencana yang menimpa Mesir. Tuhan membuat dia dihormati oleh raja-raja. Dia menunjukkan cahaya hadirat-Nya kepadanya dan memberikannya perintah- perintah untuk umat-Nya. 4Dari seluruh umat manusia, Tuhan memilih dan mengkhususkan Musa kerana dia setia dan rendah hati. 5Tuhan memperdengar suara-Nya kepadanya dan membawa dia ke dalam awan yang gelap. Di sana Tuhan berfirman dengan dia secara berhadapan muka dan memberi dia perintah-perintah-Nya, iaitu hukum yang memberi kehidupan dan pengetahuan. Hukum itu diberikan kepadanya, supaya dia dapat mengajarkan perjanjian dan ketetapan-ketetapan Tuhan kepada bangsa Israel. #Kel 6.28—11.10, 20.1-21
Harun
6Tuhan mengangkat Harun, seorang suci seperti Musa saudaranya daripada suku Lewi. #Kel 4.14 7Tuhan membuat perjanjian abadi dengan dia dan menjadikan dia imam bagi umat. Tuhan membahagiakan dia dengan perhiasan yang indah-indah dan memberi dia pakaian kebesaran, 8sempurna dalam semaraknya. Harun diteguhkan juga dengan tanda-tanda kekuasaan: celana linen, jubah, dan efod. 9Di sekeliling kelepet jubah itu ada hiasan berupa buah delima dan banyak loceng emas yang berbunyi waktu dia berjalan. Bunyinya terdengar di Rumah Tuhan dan mengingatkan Tuhan kepada umat-Nya. 10Tuhan juga mengenakan jubah suci padanya yang disulam dengan benang emas, ungu tua, dan ungu muda buatan seorang ahli sulam, penutup dada dengan Urim dan Tumim,#Urim dan Tumim: Dua buah benda yang digunakan imam untuk mengetahui kehendak Allah. Tidak diketahui dengan pasti bagaimana cara menggunakan benda-benda itu. benang merah yang dipintal oleh seorang tukang 11bertatahkan batu-batu permata yang diukir dengan nama-nama. Batu-batu itu diikat dengan emas pada penutup dada oleh seorang tukang emas untuk mengingatkan Tuhan kepada dua belas suku Israel. 12Padanya Tuhan mengenakan serban dengan hiasan emas berukirkan kata-kata: “Dikhususkan bagi Tuhan”. Hiasan itu adalah karya seni yang sangat indah; sungguh suatu kehormatan besar bagi orang yang memakainya. 13Pada zaman sebelum Harun, tidak ada barang-barang seindah itu. Selain Harun dan anak-anaknya yang turun-temurun, tidak ada yang memakainya dan tiada sesiapa pun yang akan memakainya. #Kel 28.1-43 14Dua kali sehari dengan tiada hentinya, dipersembahkannya korban untuk menyenangkan hati Tuhan.#Korban untuk menyenangkan hati Tuhan: Harfiah: Korban bakar. Lihat Kamus.
15Musa mentahbiskan Harun dengan menuangkan minyak upacara ke atas kepalanya. Dengan itu Tuhan membuat perjanjian abadi dengan Harun dan keturunannya, bahawa mereka akan mengabdikan diri kepada Tuhan sebagai imam-imam-Nya dan memberkati umat atas nama-Nya. #Im 8.1-36 16Daripada seluruh umat manusia Tuhan telah memilih Harun untuk mempersembahkan korban dan membakar kemenyan yang harum, supaya Tuhan ingat kepada umat-Nya dan mengampunkan dosa-dosa mereka. 17Tuhan mempercayakan perintah-perintah-Nya kepada Harun dan memberi dia kuasa untuk membuat keputusan-keputusan yang sah dengan maksud memberi kesaksian kepada Israel dan menerangkan hukum-Nya kepada mereka.
18Pada suatu ketika apabila umat Allah masih di padang gurun, sekelompok orang luar yang cemburu dan marah memberontak terhadap Harun. Mereka ialah Datan, Abiram, dan Korah dengan pengikut-pengikutnya. 19Tuhan tidak suka melihat perbuatan mereka. Dia sangat murka sehingga membuat keajaiban dan membinasakan mereka dalam nyala api. #Bil 16.1-35 20Lalu Tuhan menambah kehormatan Harun; persembahan daripada bahagian pertama hasil bumi diperuntukkan bagi imam-imam supaya mereka mempunyai cukup makanan. 21Para imam boleh makan makanan yang dipersembahkan kepada Tuhan; Tuhan memberikannya kepada Harun dan keturunannya. 22Tetapi Harun tidak mendapat tanah pusaka untuk miliknya. Tuhan sendiri menjadi bahagian warisannya. #Bil 18.20; Ul 12.12
Pinehas
23Sesudah Musa dan Harun, Pinehas orang ketiga yang mulia, kerana giat mengabdi dengan bertakwa kepada Tuhan. Ketika umat Israel memberontak, dia bertahan dengan tabah dan berani, dan dengan demikian memperolehi pengampunan bagi bangsanya. 24Maka Tuhan membuat perjanjian abadi dengan Pinehas: Pinehas akan mengetuai Rumah Tuhan dan umat-Nya, dan dia serta keturunannya akan memegang jawatan Imam Agung untuk selama-lamanya. 25Memang Tuhan juga membuat perjanjian dengan Daud, anak Isai daripada suku Yehuda. Sedangkan takhta kerajaan diwariskan raja hanya kepada seorang anaknya, jawatan imam yang diberikan kepada Harun diwariskan kepada seluruh keturunannya.
26Semoga Tuhan memberi kebijaksanaan kepadamu untuk menghakimi umat-Nya dengan adil, supaya mereka tetap sejahtera dan kemuliaan mereka bertahan turun-temurun. #Bil 25.7-13

Currently Selected:

SIRAKH 45: BMDC

Highlight

Copy

Compare

Share

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in