YouVersion Logo
Search Icon

SIRAKH 24

24
Pujian bagi Kebijaksanaan
1Kebijaksanaan memuji diri sendiri dan bermegah-megah di tengah orang Israel umatnya, 2di hadapan jemaah Allah Yang Maha Tinggi dan di hadapan kekuasaan-Nya:
3“Aku perkataan yang berasal daripada Yang Maha Tinggi,
seperti kabut aku menutupi bumi.
4Aku tinggal di tempat yang tinggi,
takhtaku ada di atas awan. #Kel 33.9-10
5Seorang diri aku mengelilingi langit
dan mengharungi lautan di bawah bumi.
6Aku menguasai
seluruh bumi dan gelombang laut,
serta segala suku bangsa.
7Aku mencari tempat kediaman antara mereka semua:
suatu wilayah untuk menetap.
8Lalu Pencipta alam semesta yang mencipta aku
menentukan tempat kediaman bagiku.
‘Tinggallah di Israel,’ perintah-Nya,
‘keturunan Yakub akan menjadi milikmu.’
9Aku diciptakannya sejak awal mula
dan akan wujud untuk selama-lamanya.
10Aku berbakti kepada-Nya di dalam Khemah Tuhan
dan menetap di Bukit Sion.
11Dia menempatkan aku di kota kesayangan-Nya;
aku diberi kuasa atas kota Yerusalem.
12Maka berakarlah aku di tengah bangsa yang terpuji
yang dipilih oleh Tuhan menjadi milik-Nya sendiri.
13Aku tumbuh seperti pokok sedar di Lebanon,
seperti pokok sipres di Gunung Hermon.
14Aku berkembang seperti pokok kurma di En-Gedi,#En-Gedi: Menurut beberapa buah naskhah: pantai.
seperti bunga mawar di Yerikho,
laksana pokok zaitun yang indah di dataran,
laksana pokok berangan yang menjadi besar di tepi air.
15Aku harum seperti kayu manis,
seperti minyak wangi dan kemenyan pilihan;
semerbak laksana wangi-wangian
dan asap kemenyan di Khemah Tuhan.
16Seperti pokok oak kubentangkan dahan-dahanku;
ranting-rantingku elok untuk dipandang.
17Seperti pokok anggur aku menumbuhkan tunas-tunas indah,
bungaku menjadi buah yang banyak dan lazat.#Dalam beberapa buah naskhah ada tambahan ayat 18: Akulah bonda kasih yang indah, bonda takwa, pengetahuan dan harapan suci. Sejak awal mula aku diberikan kepada semua anakku yang dipilih Tuhan.
19Datanglah, siapa sahaja yang mengingini aku,
makanlah buah-buahku sehingga kenyang.
20Kenanganku lebih manis daripada madu,
memiliki aku lebih manis daripada sarang lebah.
21Yang makan aku masih lapar juga
dan yang minum aku masih haus.
22Orang yang taat kepadaku tidak akan kecewa
dan yang bekerja dengan bimbinganku tidak akan berdosa.”
Kebijaksanaan dan Hukum
23Kebijaksanaan terdapat dalam Perjanjian Allah Yang Maha Tinggi, iaitu hukum yang diberikan Musa kepada kita sebagai pusaka umat Israel.#Dalam beberapa buah naskhah ada tambahan ayat 24: Hendaklah selalu kuat dalam Tuhan. Tinggallah pada-Nya supaya kamu dikuatkan. Tidak ada Allah selain Tuhan Yang Maha Kuasa dan tidak ada penyelamat selain Dia. 25Hukum itu penuh dengan kebijaksanaan berlimpah-limpah seperti Sungai Pison atau Sungai Tigris pada musim buah-buahan. 26Hukum itu meluapkan pengertian seperti Sungai Efrat atau Sungai Yordan pada musim menuai. 27Hukum itu mengalirkan pengajaran seperti Sungai Nil#Hukum...Nil: Diambil dari naskhah Ibrani. Menurut naskhah Yunani: Hukum itu membuat ajaran bersinar seperti cahaya. atau Sungai Gihon pada musim memetik buah anggur.
28Manusia yang pertama tidak mengenal kebijaksanaan dengan sempurna, dan manusia terakhir pun tidak akan menyelaminya, 29oleh sebab fikirannya lebih berisi daripada samudera dan nasihatnya lebih dalam daripada samudera raya di bawah bumi.
30Aku ini seperti parit yang mengalirkan air dari sungai ke taman. 31Aku bermaksud mengairi kebunku dan petak persemaianku. Tetapi tiba-tiba paritku menjadi sungai, dan sungai menjadi laut. 32Aku mahu memancarkan ajaranku supaya terlihat sehingga jauh seperti fajar. 33Aku mahu menyiarkan ajaranku sebagai nubuat dan mewariskannya kepada semua generasi yang akan datang. 34Ketahuilah bahawa aku tidak berjerih payah bagi diriku sendiri, tetapi bagi semua orang yang ingin menjadi bijaksana.

Currently Selected:

SIRAKH 24: BMDC

Highlight

Copy

Compare

Share

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in