T. ESTER 4
4
Permohonan Mordekhai
(Di antara 4.7; Dan 4.9)
1 7-9 Mordekhai memberi Hatah salinan surat raja yang telah dikeluarkan di Susan dan yang mengandungi perintah untuk membinasakan orang Yahudi. Dia menyuruh Hatah menunjukkan surat itu kepada Permaisuri Ester dan menugaskan Permaisuri Ester supaya menghadap raja untuk memohon belas kasihan bagi bangsanya. Inilah pesan Mordekhai yang disampaikan Hatah kepada Permaisuri Ester, “Ingatlah waktu dahulu, ketika engkau masih orang biasa di bawah asuhan saya. Sekarang Haman, orang kedua selepas raja, menasihati baginda untuk membunuh kita. Oleh sebab itu berdoalah kepada Tuhan dan bertitahlah dengan raja untuk kepentingan kita, supaya kita selamat daripada kematian.”
Currently Selected:
T. ESTER 4: BMDC
Highlight
Copy
Compare
Share
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.