YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 9:1-12

Mazmur 9:1-12 AVB

Aku akan memuji-Mu, ya TUHAN, dengan sepenuh hatiku; aku akan menceritakan segala keajaiban yang Kaulakukan, Aku akan girang bergembira dalam-Mu; aku akan menyanyikan pujian untuk nama-Mu, Ya TUHAN Maha Tinggi. Apabila musuhku berpatah balik; mereka akan jatuh dan musnah di hadirat-Mu. Kerana Engkau telah menegakkan hak dan perjuanganku; Engkau bertakhta, dan menghakimi dengan adil. Engkau telah memurkai bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu dan membinasakan orang zalim; Engkau telah menghapuskan nama mereka selama-lamanya. Musuh telah musnah dalam kehancuran selama-lamanya, Engkau telah membinasakan kota-kota; sehingga luput daripada kenangan. Namun TUHAN akan kekal selama-lamanya; Dia telah menyediakan takhta-Nya untuk penghakiman. Dia akan menghakimi dunia dengan adil; Dia akan menghakimi manusia dengan saksama. TUHAN tempat bernaung bagi orang yang ditindas, tempat perlindungan pada waktu kesusahan. Dan mereka yang mengenal nama-Mu akan percaya kepada-Mu, kerana Engkau, ya TUHAN, tidak mengabaikan sesiapa yang mencari-Mu. Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN yang bertakhta di Sion; isytiharkan perbuatan-Nya kepada semua bangsa. Dia mengingati mereka apabila Dia membalas kekejaman orang yang menumpahkan darah; Dia tidak melupakan rintihan mereka yang menderita.

Related Videos

Verse Images for Mazmur 9:1-12

Mazmur 9:1-12 - Aku akan memuji-Mu, ya TUHAN,
dengan sepenuh hatiku;
aku akan menceritakan segala keajaiban yang Kaulakukan,
Aku akan girang bergembira dalam-Mu;
aku akan menyanyikan pujian untuk nama-Mu,
Ya TUHAN Maha Tinggi.
Apabila musuhku berpatah balik;
mereka akan jatuh dan musnah di hadirat-Mu.
Kerana Engkau telah menegakkan hak dan perjuanganku;
Engkau bertakhta, dan menghakimi dengan adil.
Engkau telah memurkai bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu dan
membinasakan orang zalim;
Engkau telah menghapuskan nama mereka selama-lamanya.
Musuh telah musnah dalam kehancuran selama-lamanya,
Engkau telah membinasakan kota-kota;
sehingga luput daripada kenangan.
Namun TUHAN akan kekal selama-lamanya;
Dia telah menyediakan takhta-Nya untuk penghakiman.
Dia akan menghakimi dunia dengan adil;
Dia akan menghakimi manusia dengan saksama.
TUHAN tempat bernaung bagi orang yang ditindas,
tempat perlindungan pada waktu kesusahan.
Dan mereka yang mengenal nama-Mu akan percaya kepada-Mu,
kerana Engkau, ya TUHAN, tidak mengabaikan sesiapa yang mencari-Mu.
Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN yang bertakhta di Sion;
isytiharkan perbuatan-Nya kepada semua bangsa.
Dia mengingati mereka apabila Dia membalas kekejaman orang yang menumpahkan darah;
Dia tidak melupakan rintihan mereka yang menderita.Mazmur 9:1-12 - Aku akan memuji-Mu, ya TUHAN,

Dia tidak melupakan rintihan mereka yang menderita.

Free Reading Plans and Devotionals related to Mazmur 9:1-12