YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 32:6-11

Mazmur 32:6-11 AVB

Oleh itu, setiap orang yang warak hendaklah berdoa kepada-Mu ketika Engkau masih dapat dicari; apabila banjir besar melanda, tentulah dia akan terselamat. Engkau tempatku berlindung; Engkau akan menaungiku daripada kesusahan Engkau akan memeliharaku dengan nyanyian penyelamatan. Sela Aku akan mendidik dan mengajarmu ke jalan yang benar; Aku akan membimbingmu dengan mata-Ku. Janganlah berkelakuan seperti kuda atau keldai, yang tidak berakal dan perlu dipasangkan tali serta kekang supaya menurut kata. Orang zalim akan menanggung pelbagai penderitaan, tetapi orang yang percaya kepada TUHAN akan dilimpahi kasih setia. Bersukacitalah dalam TUHAN dan bergembiralah, wahai orang yang benar; dan bersoraklah dengan girang, wahai semua orang yang tulus hati!

Free Reading Plans and Devotionals related to Mazmur 32:6-11